Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Pengguna boleh periksa nilai khasiat minuman mulai 30 Dis

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pengguna boleh periksa nilai khasiat minuman mulai 30 Dis

Minuman prabungkus, dibeli di mesin dispenser akan menerima penilaian 'Nutri-Grade' - dari A ke D, dengan D paling tidak sihat
Jan 01, 2022 | 05:30 AM

MULAI 30 Disember ini, pengguna boleh memeriksa dengan mudah nilai khasiat minuman prabungkus dan yang dijual daripada mesin dispenser minuman automatik memandangkan ketetapan label yang bertujuan mengurangkan pengambilan gula warga Singapura diperkenal.

Minuman ringan, jus buah-buahan dan minuman berjus, susu, minuman yogurt serta serbuk minuman segera adalah antara produk yang akan menerima penilaian 'NutriGrade' - gred antara A dengan D, dengan D disifatkan sebagai paling tidak sihat, kata Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin.

Minuman ini perlu dilekapkan dengan label khasiat yang menjelaskan tentang nilai tenaga dan kandungan protein, karbohidrat, lemak, kadar keseluruhan gula dan lemak tepu.

Peruncit juga dilarang mengiklankan minuman gred D di semua platform media. Minuman ini hanya boleh diiklankan di tempat jualan seperti di dalam kedai dan bukan di mana-mana tempat lain.

Minuman gred C atau D juga perlu dilekapkan dengan tanda Nutri-Grade di bahagian depan kotak, tin atau botol secara jelas jika dijual dalam talian, di mesin swalayan atau daripada dispenser.

MOH berkata perubahan ini diperkenal untuk membantu pengguna mengenal pasti minuman yang lebih tinggi kandungan gula dan lemak tepunya lantas membuat pilihan lebih berpengetahuan dan lebih sihat; mengurangkan pengaruh pengiklanan terhadap pilihan pelanggan; dan menggalak rumusan semula industri.

Langkah memperkenal ketetapan baru ini mula diumumkan oleh MOH pada Oktober 2019.

Dalam membuat keputusan, MOH berkata ia mengambil kira maklum balas orang awam, industri dan pemegang taruh pakar serta menyemak bukti luar negara dan setempat sedia ada.

MOH berkata pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan risiko obesiti dan kencing manis yang bertambah.

Tambahan pula, mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tiada keperluan berkhasiat bagi sebarang pengambilan gula dalam diet seorang individu.

MOH juga menambah warga Singapura mengambil secara purata 60 gram atau 12 sudu teh gula setiap hari. Lebih separuh gula datang daripada minuman, dengan 64 peratus daripadanya merupakan minuman prabungkus, tambahnya.

Ketetapan ini diterbitkan dalam Warta Pemerintah kelmarin dan akan berkuat kuasa 12 bulan selepas itu.

MOH berkata ini akan memberikan industri minuman lebih banyak masa untuk mematuhi ketetapan dan mengusahakan rumusan semula produk mereka bagi menambah rangkaian dan kepelbagaian pilihan lebih sihat buat warga Singapura.

Jika mereka tidak patuh pada ketetapan baru ini, mereka boleh didenda tidak melebihi $1,000, sejurus ketetapan ini berkuat kuasa.

Dalam kes kesalahan kedua atau lanjutan selepas itu, dendanya boleh meningkat hingga $2,000.

Mengulas mengenai perkara ini di Facebook kelmarin, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata kadar gula yang diambil warga Singapura melebihi apa yang diperlukan.

"Seperti yang kita ketahui, pengambilan berlebihan gula menyebabkan penyakit kencing manis, penyakit yang sangat serius dan menyakitkan. Justeru, gula kebanyakan masanya hanyalah untuk keseronokan.

"Saya harus mengaku bahawa saya juga sukakan manisan. Tahun demi tahun, saya gigih mencuba mengurangkan pengambilan gula saya. Saya membeli hanya Kopi-O Kosong dan hanya mengambil minuman tin bebas gula," jelasnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3