Pengguna e-skuter, e-bike perlu jalani ujian teori, miliki insurans
Dec 05, 2019 | 05:30 AM
PEMERINTAH telah mempertimbangkan dan menerima semua saranan Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap) yang bertujuan meningkatkan keselamatan semua pengguna di laluan awam.
Antara saranan itu termasuk memperkenalkan Kod Kelakuan bagi semua pengguna itu tentang bagaimana untuk mengongsi laluan dengan selamat dan bertanggungjawab.