Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna e-skuter, e-bike perlu jalani ujian teori, peroleh insurans

Antara saranan Panel Penasihat Mobiliti Aktif yang telah diterima Kementerian Pengangkutan
Dec 05, 2019 | 05:30 AM



SATU kod kelakuan yang kini tertumpu pada pengguna alat mobiliti akan diperluaskan untuk meliputi pejalan kaki, dan akan merangkumi garis panduan seperti menggalak mereka berjalan di sebelah kiri semasa di laluan pejalan kaki.



Di samping itu, pengguna e-skuter dan basikal menggunakan kuasa (PAB), atau lebih dikenali sebagai e-bike, tidak lama lagi akan perlu menjalani ujian teori sebelum mereka dibenarkan menggunakan alat mereka di kawasan awam.



Kementerian Pengangkutan (MOT) membuat pengumuman tersebut semalam, sambil berkata pihaknya menerima semua saranan yang dibuat Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap).



Panel itu telah memberikan saranan, yang bertujuan mempertingkat keselamatan pejalan kaki dan pengguna alat mobiliti aktif, pada 27 September lalu.



Saranan lain yang dikemukakan panel itu termasuk insurans liabiliti pihak ketiga wajib bagi mereka yang menggunakan e-skuter untuk bekerja, had usia minimum 16 tahun untuk menggunakan e-skuter di laluan awam, dan melarang penggunaan telefon bimbit semasa menunggang alat mobiliti aktif.



MOT berkata saranan tersebut dibuat tepat pada masanya dan akan melengkapi usaha yang ada kini untuk mempertingkat keselamatan laluan dan jalan raya.



Mereka berkata pemerintah akan bekerja rapat dengan panel itu untuk melaksanakan saranan tersebut.



Berhubung kod kelakuan itu, MOT berkata ia bertujuan menggalak orang ramai berkongsi laluan pejalan kaki dengan selamat.



"Kami akan memperluaskan Kod Kelakuan semasa yang tertumpu pada pengguna alat, untuk merangkumi garis panduan demi menggalak pejalan kaki berjalan di sebelah kiri, di laluan pejalan kaki, dan bagi semua pengguna laluan agar berwaspada dengan sekitaran mereka," kata mereka.



Mengenai ujian teori mandatori pula, panel itu menyarankan agar pengguna e-skuter diperlukan menduduki ujian itu di tengah-tengah keprihatinan keselamatan semakin meningkat tentang penggunaan alat tersebut.



Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan), Dr Lam Pin Min, dalam satu catatan Facebook semalam berkata pihaknya akan terus bekerja rapat dengan Amap bagi melaksanakan saranan tersebut.



"Adalah menggembirakan untuk mengetahui bahawa panel itu bersungguh-sungguh tentang tujuan mereka dan telah meluangkan masa untuk mendekati pelbagai pihak berkepentingan.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengerusi, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dan semua dalam panel itu atas kerja keras, objektiviti mereka, dan bagi kearifan kolektif mereka untuk membuat saranan yang sukar tetapi seimbang," kata beliau.



Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dalam catatan Facebooknya semalam berkata beliau rasa terdorong saranan oleh Amap itu telah diterima MOT.



Tambahnya, ia merupakan tahun yang mencabar dan banyak keputusan sukar perlu dibuat demi keselamatan semua dalam masyarakat.



"Amap akan meneruskan kerja kami dan meneliti bidang lain demi memastikan keselamatan, dan membina sebuah landskap mobiliti aktif yang bertenaga dan mampan. Kami akan memantau secara dekat, mengadakan pendekatan secara meluas, dan terus bekerja rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan demi memastikan peraturan kami kekal relevan buat Singapura.



"Saya berharap setiap penunggang basikal, pengguna alat, dan pejalan kaki terus memainkan peranan mereka untuk menjadikan mobiliti aktif pilihan perjalanan yang baik dan menyenangkan buat masyarakat kita," kata beliau.



Keadaan berhubung penggunaan e-skuter telah banyak berubah sejak bulan lalu.



E-skuter kini dilarang digunakan di laluan pejalan kaki dan hanya boleh digunakan di laluan berbasikal sepanjang 440 kilometer serata negara.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan memperluaskan rangkaian laluan berbasikal itu kepada 750 kilometer menjelang 2025, dan meluaskannya sebanyak tiga kali daripada jarak yang ada sekarang menjelang 2030.



Kesemua bandar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) juga akan mempunyai rangkaian laluan berbasikal menjelang 2030.




"Amap (Panel Penasihat Mobiliti Aktif) akan meneruskan kerja kami dan meneliti bidang lain demi memastikan keselamatan, dan membina sebuah landskap mobiliti aktif yang bertenaga dan mampan. Kami akan memantau secara dekat, mengadakan pendekatan secara meluas, dan terus bekerja rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan demi memastikan peraturan kami kekal relevan buat Singapura. Saya berharap setiap penunggang basikal, pengguna alat, dan pejalan kaki terus memainkan peranan mereka untuk menjadikan mobiliti aktif pilihan perjalanan yang baik dan menyenangkan buat masyarakat kita."
- Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan) dalam catatan Facebooknya.




SARANAN UTAMA



- Perniagaan perlu dapatkan insurans liabiliti pihak ketiga untuk meliputi semua pengguna alat mobiliti aktif (contohnya, e-skuter, basikal, basikal menggunakan kuasa (PAB) dan alat bantuan mobiliti peribadi) yang menggunakan alat tersebut dalam pekerjaan.



- Pengguna e-skuter dan PAB perlu lulus ujian teori sebelum dibenarkan menunggang di laluan berbasikal, dan di kedua-dua laluan berbasikal dan jalan raya.



- Perkenal keperluan bahawa semua pengguna e-skuter mesti sekurang-kurangnya berusia 16 tahun.



- Larang guna telefon bimbit apabila menunggang sebarang alat mobiliti peribadi melainkan telefon bimbit itu dipasang atau digunakan secara bebas tangan



- Perkenal Kod Kelakuan bagi semua pengguna laluan tentang bagaimana berkongsi laluan dengan selamat dan bertanggungjawab




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >