Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna kerusi roda tua dapat tanjakan jika pintu flat ada banyak anak tangga

Apr 28, 2018 | 03:46 PM



WARGA emas pengguna   kerusi roda yang tinggal di flat HDB yang mempunyai pintu  dengan beberapa anak tangga   boleh mendapatkan tanjakan  pada separuh kedua tahun ini untuk menjadikan rumah mereka lebih mudah diakses.



Kos tanjakan – jenis  mudah alih atau dipasang secara tetap – sedang dimuktamadkan,  namun pemerintah  akan menanggung hingga  95 peratus bil itu.



Sebelum ini, hanya flat dengan satu anak tangga  di pintu utama layak mendapat  subsidi bagi tanjakan yang dipasang secara tetap,   di bawah program Peningkatan bagi Warga Emas Aktif (Ease)  oleh HDB.



Menteri Pembangunan Negara merangkap  Menteri Kewangan Kedua, Encik Lawrence Wong, membuat pengumuman mengenai tanjakan  baru itu pada  Sabtu (28 April).



Beliau berkata: “Bagi (pintu) satu anak tangga,  mudah, kita sudah mempunyai huraian,  tetapi untuk (pintu) beberapa anak tangga,   ia lebih sukar... kerana sesetengah ruang ini, tidak banyak akses atau ruang koridor.”



Beliau menambah bahawa tanjakan bagi  ruang itu  tidak terdapat  secara komersial, jadi HDB berusaha bersama   jurutera selama dua tahun untuk menghasilkan reka bentuknya.



Encik Wong berkata demikian  di luar acara  lawatan ke kawasan  Tampines Changkat di GRC Tampines.  Encik  Desmond Choo, penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi  Tampines, menganjurkan lawatan itu.



Kos tanjakan  mudah alih biasanya sekitar $700 atau kurang, sementara jenis dipasang secara  tetap  sekitar $1,600, menurut akhbar The Straits Times dalam talian.



Sejak Ease dilancarkan pada  Julai 2012, hampir 163,000 keluarga   telah memohonnya hingga    bulan lalu.



Bagi  memenuhi syarat memohon   langsung kepada Ease,  keluarga   warga  Singapura mesti mempunyai ahli keluarga berumur 65 tahun ke atas, atau berumur antara 60 dan 64 tahun dan memerlukan bantuan bagi  sekurang-kurangnya satu kegiatan  kehidupan harian.



Warga emas   yang menggunakan kerusi roda dan tinggal di flat  yang  tanjakan   atau lif kerusi roda tidak boleh dipasang   boleh menghubungi  HDB untuk meneroka huraian  alternatif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >