Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pengguna lebih sedar kos elektrik lebih tinggi

Sep 17, 2021 | 05:30 AM

LEBIH ramai warga Singapura yang semakin sedar akan kos elektrik yang meningkat sejak beberapa bulan lalu dan jelas kos lebih tinggi itu bakal menjadi norma untuk tempoh akan datang.

Pemain dan pengamat industri mengaitkan norma tersebut kepada kos tenaga yang semakin meningkat serta harga pasaran borong yang turut melonjak. Ini merupakan antara faktor utama yang mendorong peruncit elektrik untuk meletakkan harga yang lebih tinggi bagi pelan dengan harga tetap.

Sementara ramai pelanggan pelan harga tetap terlindung dari kos yang lebih tinggi sebelum ini, mereka perlu membayar kos yang lebih tinggi apabila mereka memperbaharui pelan tersebut.

Rakan kongsi penasihat projek infrastruktur dan modal Deloitte, Cik Eileen Yan, menyatakan bahawa harga gas semula jadi telah menyebabkan kos meningkat bagi syarikat pengeluar elektrik.

Permintaan bagi gas global kembali pulih setelah mencatatkan kejatuhan rekod tahun lalu di tengah pandemik Covid-19 dan mendorong harga ke paras tertinggi dalam beberapa tahun.

Singapura bergantung pada gas semula jadi untuk lebih 95 peratus daripada keperluan tenaganya, dengan bekalan yang disalurkan dari Indonesia dan Malaysia yang mengimport gas semula jadi cair.

Peruncit elektrik menaikkan kos pelan harga tetap sehingga 10 hingga 20 peratus bulan ini berbanding Julai lalu.

Berdasarkan pelan 12 bulan Julai lalu, harga ditetapkan antara 19.5 hingga 20.5 sen setiap kilowatt-sejam (kwh) tetapi pelan ini sekarang dianggarkan antara 21.2 hingga 23.7 sen setiap kwh, menurut The Straits Times.

Ini bakal membuat anggaran bil bulanan untuk flat HDB empat bilik antara $83 hingga $93 bagi mereka yang mendapatkan pelan sebelum ini berbanding $91 hingga $102 pada harga yang ditawarkan kini.

Syarikat SP Group merupakan satu-satunya pembekal elektrik kepada isi rumah di sini namun Pasaran Elektrik Terbuka yang dilancarkan seluruh Singapura mulai 2018 kini memberikan pilihan 12 peruncit elektrik.

Pengguna boleh membeli elektrik dengan pelan harga tetap yang mempunyai kadar tetap atau pilihan potongan tarif tetap di mana mereka mendapat diskaun tetap dari tarif yang terkawal.

Peruncit biasanya menyediakan kontrak enam, 12 atau 24 bulan bagi pelan tersebut.

Cik Yan menegaskan bahawa walaupun harga runcit elektrik lebih tinggi berbanding tahun lalu, ia boleh dibandingkan dengan kadar 2019 sebelum pandemik.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3