Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna lebih waspada guna pusat tukaran bas dalam kelompok Covid-19

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN terdapat beberapa kes Covid-19 di pusat pertukaran bas, beberapa warga Singapura menyatakan mereka masih perlu menggunakan bas dan melalui pusat pertukaran bas.



Namun, mereka akan meningkatkan langkah berjaga-jaga seperti menjaga jarak selamat, membersihkan tangan mereka secara kerap serta tidak menyentuh permukaan seperti palang dan duduk di tempat duduk di pusat pertukaran bas.



Cik Nurul Natasha Hamzah, 26 tahun, kerap menggunakan pembasmi kuman untuk menjaga kebersihan setelah menaiki bas memandangkan beliau harus ke pusat pertukaran bas di Boon Lay setiap hari.



"Saya juga kerap memeriksa aplikasi TraceTogether untuk berita terkini kerana sering juga ke pusat membeli-belah Jurong Point yang bersebelahan kelompok virus itu," ujar pegawai perkhidmatan pelanggan itu.



Mengulas akan isu itu, beliau berkata beliau juga kini lebih peka untuk memastikan jarak selamat dengan orang lain dan juga untuk tidak menyandar di palang bas.



Bagi Cik Dinah Qistina Rozawi, sejak mendapat tahu akan kelompok virus Covid-19 di pusat pertukaran bas di Jurong East, beliau cuba sebanyak mungkin mengelak meluangkan masa di pusat itu.



"Jika berjumpa dengan rakan, saya akan menunggu di pusat membeli-belah berdekatan dan cuba mengelak dari menunggu di pusat pertukaran bas selain menunggu bas sahaja," kongsi pelajar berusia 25 tahun itu.



Penduduk Bishan, Encik Faris Ridzuan, 31 tahun, yang kerap ke pusat pertukaran bas Bishan, menyatakan beliau lebih peka terhadap kebersihannya dan memastikan jarak selamat supaya tidak membahayakan diri atau orang lain.



"Apabila saya ke pusat tukaran bas, saya cuba mempercepatkan langkah kaki saya supaya segera tinggalkan pusat itu secepat mungkin jika saya datang ke pusat itu dengan menaiki bas.



"Jika saya sedang menunggu bas, saya akan memastikan ada jarak selamat antara saya dan penumpang lain dan elak dari berbual dengan orang lain semasa menunggu bas.



"Saya juga akan melihat kepada jadual bas melalui aplikasi di telefon bimbit supaya boleh merancang bila saya dapat pergi ke pusat tukaran bas tanpa menunggu lama untuk tibanya bas," jelas beliau.



Sehingga kelmarin, terdapat 32 kes baru Covid-19 di kalangan kakitangan di lapan pusat pertukaran bas - Toa Payoh, Boon Lay, Punggol, Jurong East, Bishan, Sengkang, Tampines dan Clementi - yang dilaporkan kelmarin, menjadikan jumlah pesakit di kelompok ini menjadi 469.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >