Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pengguna mungkin lihat kenaikan harga elektrik tahun depan: Tan See Leng

Pemerintah akan tawar bantuan khusus dan disasarkan kepada kumpulan pelanggan yang layak seperti rebat U-Save
Nov 02, 2021 | 05:30 AM



MESKI kebanyakan pelanggan tidak akan melihat kenaikan harga elektrik secara serta-merta, mereka mungkin akan menyaksikan pertambahan dalam bil elektrik mereka tahun depan, sejajar dengan harga tenaga yang meningkat di peringkat global.



Kebanyakan pelanggan di Singapura telahpun "dilindungi" sejauh ini, dengan 99 peratus berada di bawah pelan harga biasa dengan peruncit atau kadar tarif terkawal, kata Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, di Parlimen semalam.



Sekitar 96 peratus perniagaan juga berada di bawah harga tetap atau pelan yang memberikan diskaun pada tarif.



"Ini telah meningkat jauh lebih rendah berbanding harga gas atau elektrik secara borong.



"Namun harga minyak yang kekal tinggi akan menyerap ke dalam bil elektrik kita untuk mencerminkan kos penghasilan elektrik," ujarnya.



Dalam pada itu, pelanggan yang kontrak elektrik mereka dipindahkan ke SP Group akibat peruncit elektrik menarik diri daripada pasaran, perlu membayar tarif terkawal yang sama seperti isi rumah dan perniagaan kecil yang lain.



Menurut Dr Tan, ini mencerminkan harga yang dibayar SP kepada syarikat yang menjana elektrik.



Beberapa Anggota Parlimen (AP) telah bertanyakan jika SP boleh meneruskan harga dan syarat kontrak sedia ada yang telah pelanggan tandatangani bersama penyedia elektrik.



Sehingga akhir Oktober, sekitar 140,000 isi rumah dan 11,000 akaun perniagaan akan sama ada dipindahkan ke peruncit elektrik lain atau kembali ke SP Group, kata Dr Tan.



"Maka jika pelanggan yang dipindahkan membayar kurang, ia akan mengakibatkan pelanggan SP yang lain perlu membayar lebih daripada tarif terkawal untuk memberikan silang subsidi kepada mereka," jelasnya.



Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) juga telah bertanya sama ada bantuan akan ditawarkan kepada isi rumah dan syarikat yang terjejas yang kini mungkin menghadapi kadar tarif lebih tinggi.



Menjelaskan, Dr Tan memberi jaminan bahawa pemerintah akan menawarkan bantuan khusus dan disasarkan kepada kumpulan pelanggan yang layak.



Isi rumah yang layak akan terus menerima rebat U-Save untuk menyokong mereka bagi pembiayaan utiliti.



Sepanjang tiga minggu lalu, lima peruncit elektrik - iSwitch, Ohm Energy, Best Electricity, UGS, SilverCloud Energy - telah mengumumkan rancangan mereka untuk meninggalkan pasaran.



Kesemua lima penyedia elektrik itu membekal elektrik kepada sekitar 9 peratus pelanggan elektrik.



Masih terdapat baki sembilan peruncit elektrik dalam pasaran dan lebih banyak peruncit mungkin akan mengundurkan diri atau memasuki semula pasaran bergantung pada berapa teruk keadaan dan tempoh kekurangan sumber tenaga yang dialami dunia sekarang.



Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) turut menyuarakan keprihatinannya tentang kemampuan harga elektrik.



Dalam soalan tambahannya, Encik Saktiandi berkata pelanggan kini tidak lagi boleh menikmati harga persaingan pasaran elektrik terbuka berbanding dengan tarif terkawal.



Menjawab, Dr Tan berkata harga tersebut tidak mampan dan meski negara melaksanakan karbon elektrik rendah, masih perlu untuk Singapura mengimport tenaga kerana secara geografi negara ini mempunyai kelemahan secara alami.



"Meski kita memasang semua flat HDB dengan panel solar... kita hanya boleh menjana 5 hingga 6 peratus tenaga dan bakinya perlu diimport.



"Pemerintah akan terus menyokong isi rumah berpendapatan rendah menerusi baucar dan rebat," ujarnya.



Beliau turut menggesa agar rakyat Singapura terus mengamalkan penjimatan tenaga sebagai satu gaya hidup seperti mematikan lampu apabila tidak digunakan dan menggunakan kipas angin berbanding alat hawa dingin.




"... harga minyak yang kekal tinggi akan menyerap ke dalam bil elektrik kita untuk mencerminkan kos penghasilan elektrik.



Meski kita memasang semua flat HDB dengan panel solar... kita hanya boleh menjana 5 hingga 6 peratus tenaga dan bakinya perlu diimport.



Pemerintah akan terus menyokong isi rumah berpendapatan rendah menerusi baucar dan rebat."
- Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >