Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna ofo yang tuntut dikembalikan wang hadapi masalah

Dec 27, 2018 | 02:00 PM



SYARIKAT kongsi basikal ofo mempunyai masa hadapan yang kurang pasti di China, dan pengguna ofo di Singapura kian tertanya-tanya apa yang akan terjadi kepada operasinya di sini. 



Melalui laman Facebooknya- yang tidak dikemaskini sejak dua bulan lalu- lebih 170 komen ditulis oleh pengguna ofo yang meluahkan perasaan mereka mengenai tuntutan pengembalian wang yang masih belum terjawab oleh syarikat itu. 



Salah seorang pengguna, Encik Clarence Yeap, berkata $18 dipotong dari kad kredit tanpa pengetahuannya dalam tempoh dua bulan. 



Walaupun Encik Yeap, 24 tahun, berjaya menghapuskan butiran kadnya dari aplikasi ofo untuk mengelak sebarang potongan bayaran, beliau masih belum berjaya mendapatkan semula wang yang dipotong sebelum itu. 



“Sebelum ini, saya tidak dapat menuntut semula wang saya dari oBike. Sekarang saya rasa ofo juga tidak ingin mengembalikan wang saya,” katanya, dan menambah bahawa beliau tidak lagi percaya syarikat kongsi basikal. 



Syarikat kongsi basikal oBike, yang menghentikan operasinya secara mengejut Jun lalu, dilaporkan berhutang dengan pengguna sebanyak $9 juta, yang terdiri daripada deposit yang belum dikembalikan. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >