Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna PMD langgar budak 3 tahun: Kenapa saya tak boleh tunggang di sini?

Oct 10, 2019 | 04:29 PM



SATU kemalangan melibatkan seorang pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) dan seorang budak perempuan berlaku di kolong blok Blok 191 Boon Lay Drive pada malam Ahad (6 Oktober).



Kemalangan tersebut menyebabkan mangsa, tiga tahun, lebam di anggota badannya dan tidak boleh tidur kerana trauma atas kejadian tersebut. Penunggang lelaki itu, 19 tahun, pula tercampak daripada e-skuternya.



Penunggang PMD itu tetap menunggang e-skuternya walaupun terdapat notis amaran berdekatan tempat kejadian yang memaklumkan bahawa PMD tidak boleh ditunggang di kawasan umum  blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Kemalangan itu yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar flat sewa tingkat bawah mangsa, telah dimuat naik di Facebook oleh bapa mangsa, Encik Garnell Glenn Bernard, 40 tahun, pada Selasa (8 Oktober).



Walaupun pada awalnya keluarga Encik Bernard tidak melaporkan pesalah kepada polis kerana mereka mengenali keluarganya yang tinggal di blok yang sama, Encik Bernard akhirnya melaporkan pesalah itu pada petang Rabu (9 Oktober), setelah dia menuduh ibu mangsa, Cik Siti Aisah, 42 tahun, berbohong kepada wartawan The New Paper (TNP) tentang insiden tersebut.



Dalam wawancara bersama TNP, Cik Aisah memberitahu wartawan bahawa setelah kemalangan itu, jiran-jiran seblok cuba menahan pesalah, namun dia bertegas bahawa dia tidak bersalah.



Cik Aisah berkata: “Pesalah membantah dan bertegas (bahawa dia tidak salah)...katanya ‘Kenapa saya takk boleh tunggang (e-skuter) di sini? Sesiapa sahaja boleh tunggang di sini’.”



Polis telah mengesahkan laporan itu telah dibuat, dan sedang menyiasat.



Larangan menunggang PMD di kawasan umum di 15 majlis bandaran HDB mula dikuatkuasa pada September. Pengguna PMD sepatutnya menolak PMD mereka di kawasan larangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >