Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna Singtel alami gangguan Internet di rumah

Telko: 60% hubungan jalur lebar gentian terjejas pulih 3 petang semalam
Jun 09, 2021 | 05:30 AM



SEBILANGAN pengguna Singtel tidak dapat mengakses Internet di rumah mereka menggunakan jalur lebar gentian (fibre broadband) pagi semalam, menyusuli kerja penyenggaraan pada malam kelmarin.



Ini berlaku sedang ramai bekerja di rumah semasa Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) Covid-19.



Dalam satu catatan di Facebook pada tiga petang semalam, Singtel berkata sekitar 60 peratus hubungan jalur lebar gentian terjejas telah pulih.



"Jurutera kami sedang berusaha gigih untuk memulihkan sambungan lain yang terjejas. Kami meminta maaf atas gangguan ini sedang kami tahu ramai daripada anda kini kerja dari rumah. Kami mohon kesabaran anda."



Menurut laman laporan gangguan kuasa Downdetector.com, jumlah laporan mengenai gangguan itu yang diterima telko itu mencapai 1,526 pada sekitar tengah hari semalam.



Ada pelanggan melaporkan gangguan tersebut berlaku seawal 1.30 pagi, dengan jumlah laporan kian meningkat pagi kemudian.



Seorang pengguna Facebook menulis di Facebook pada 7.50 pagi sebagai amaran kepada pengguna lain mengenai isu tersebut dan menerima 570 komen hingga 12.20 tengah hari semalam.



Singtel kemudian memaklumkan mengenai isu tersebut pada sekitar 9.50 pagi dan menerima lebih 420 komen di catatan tersebut.



Isu itu menjejas ramai orang yang tinggal di kawasan timur serta timur laut Singapura, seperti Tampines, Pasir Ris, Sengkang dan Punggol, menurut komen di catatan Facebook Singtel.



Sambungan Internet jalur lebar juga didapati tidak berfungsi bagi penduduk di Ang Mo Kio, Bedok, Kallang, Mountbatten, MacPherson, Tiong Bahru, Bukit Purmei dan Yishun.



Pelanggan berkata gangguan Internet itu bermakna mereka mengalami kesukaran bekerja dari rumah, misalnya tidak dapat masuk mesyuarat dalam talian. Ini menyebabkan ramai menggunakan data telefon bijak mereka dan tidak menggunakan jalur lebar dan Wi-fi.



"Saya harap pengurusan krisis atau pasukan produk anda dapat memahami bahawa ramai daripada kami bekerja dari rumah," kata pengguna Facebook Wilson See Wei Ren.



Banyak pelanggan juga bertanya mengapa Singtel tidak memberitahu mereka tentang penyenggaraan tersebut lebih awal dan mengapa ia dilakukan semasa ramai bekerja dari rumah.



Isu itu juga menjejas beberapa pelajar yang masih melakukan pembelajaran dari rumah.



Menjawab beberapa komen pelanggan, Singtel menyarankan agar pengguna mematikan peralatan rangkaian mereka, tunggu satu hingga tiga minit, kemudian hidupkannya kembali untuk membantu "menyegarkan semula sambungan".



Namun, ramai pengguna mengatakan cara itu masih tidak membantu isu mereka.



Disember lalu, pengguna telko M1 mengalami gangguan jalur lebar lebih empat jam.



Laman Downdetector.com mencatat sekitar 9,800 laporan pada masa itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >