Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna Twitter didakwa atas perbuatan ganggu keharmonian kaum

Jul 02, 2020 | 04:44 PM



SEORANG lelaki warga Singapura yang menggunakan nama Twitter ‘SharonLiew86’ dan menerbitkan pesanan menghina kaum lain di platform media sosial itu telah didakwa di mahkamah pada Khamis (2 Julai).



Zainal Abidin Shaiful Bahari, 34 tahun, dikenakan empat tuduhan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan keharmonian kaum.



Zainal dituduh menulis pos yang menyatakan pencapaian akademik pelajar Melayu tidak setanding pencapaian pelajar Cina.



Beliau juga dikatakan menggunakan perkataan berbaur perkauman semasa merujuk kepada kaum India dalam dua pos di sosial media pada 25 Mac dan 17 April tahun ini.



Beliau juga, dalam pos keempat pada 18 April, dituduh mempersendakan ‘pottu’, titik yang ditandakan di dahi penganut Hindu.



Dalam kenyataannya kelmarin, polis berkata ia menerima laporan pada 18 April mengenai pos dengan kata-kata hinaan terhadap pekerja asing dari India yang diterbitkan oleh pengguna Twitter yang menggelar dirinya sebagai @SharonLiew86.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >