Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna VTL ke SG perlu jalani rejim ujian ART 7 hari

Ujian pada hari ketiga dan ketujuh perlu dilakukan di bawah pengawasan pusat ujian; beri masa tinjau varian baru Omicron: MOH
Dec 04, 2021 | 05:30 AM



SEMUA pengguna Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) yang memasuki Singapura mulai 11.59 malam Isnin depan perlu menjalani ujian pantas antigen (ART) setiap hari selama tujuh hari.



Ujian ART itu boleh dilakukan sendiri, tetapi pada hari ketiga dan ketujuh, ujian itu harus dilakukan di bawah pengawasan di pusat ujian.



Ini sebagai sebahagian daripada langkah tambahan yang diumumkan Kementerian Kesihatan (MOH) malam tadi sedang ia mengambil masa untuk memahami varian baru Omicron.



Rejim ujian tujuh hari itu juga perlu dijalani oleh mereka yang memasuki Singapura menerusi VTL Darat dari Malaysia.



Rejim tersebut ialah tambahan kepada ujian yang perlu diambil pengguna VTL sekarang.



Buat masa ini, pengguna VTL udara perlu mengambil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) semasa ketibaan, serta ujian ART di bawah pengawasan pada hari ketiga dan ketujuh.



Bagi VTL Darat pula, mereka buat masa ini perlu mengambil ujian sebelum berangkat dan ART semasa ketibaan.



Dalam kenyataannya semalam, MOH juga memberi perkembangan mengenai dua kes import Covid-19 dengan varian Omicron yang telah dikesan di Singapura.



Kedua-duanya kini divaksinasi penuh, mempunyai gejala sederhana, dan sedang pulih di Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Semua penumpang lain yang telah memasuki Singapura menerusi penerbangan sama telah diuji negatif bagi Covid-19 semasa ketibaan dan kini dikuarantin di kemudahan khas. Mereka akan menjalani ujian PCR di akhir tempoh kuarantin itu, kata MOH.



MOH juga berkata ia menjangkakan lebih banyak kes Omicron dilaporkan di peringkat global dalam minggu-minggu akan datang.



"Sekiranya varian Omicron lebih mudah menular daripada Delta dan lama-kelamaan menjadi varian dominan di peringkat global, ia hanya menanti masa untuk muncul di Singapura.



"Tetapi langkah tambahan akan membantu untuk memberi masa bagi kami mempelajari lebih lanjut tentang cara menangani Omicron, dan meneruskan program suntikan penggalak kami untuk mengukuhkan daya tahan kolektif kami bagi perlindungan yang lebih baik terhadap varian baru ini," kata MOH.



MOH juga berkata, buat masa ini tiada bukti yang menunjukkan gejala yang dikaitkan dengan varian Omicron itu adalah berbeza daripada varian lain, atau vaksin dan perubatan sekarang tidak berkesan terhadap Omicron.



Lebih banyak data dan kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkan perkara ini.



MOH juga mengumumkan semalam bahawa Bulgaria, Hungary, Iceland, Ireland, Luxembourg, Norway dan Poland akan dimasukkan ke Kategori 3 mulai 11.59 malam Isnin depan.



Mulai 11.59 malam ini pula, semua pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek dengan sejarah perjalanan ke Ghana, Malawi dan Nigeria dalam tempoh 14 hari terakhir tidak akan dibenarkan memasuki Singapura, atau transit melalui Singapura.



"Kami meminta pemahaman dan sokongan rakyat Singapura dalam beberapa minggu akan datang ini sedang kami perlu memperkenalkan atau mengubah langkah kami dalam masa yang singkat, sebagai tindak balas kepada situasi yang tidak menentu ini," kata MOH.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >