Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghantar GrabFood hantar makanan demi amal

Nov 21, 2019 | 05:22 PM



SEKITAR 50 rakan penghantar makanan GrabFood telah menghantar makanan kepada kira-kira 70 penduduk yang memerlukan semalam (20 November).



Ini adalah kali pertama Grab bekerjasama bersama Food from the Heart dan Pusat Khidmat Keluarga Care Corner untuk menjayakan acara amal seperti ini.



Makanan yang dibungkus oleh Food from the Heart diagihkan kepada penduduk di Persatuan Moral Thye Hua Kwan dan Pusat Khidmat Keluarga Care Corner (Tampines).



Ketua Negara Grab Singapura, Encik Yee Wee Tang berkata: 



“Di Grab, kami percaya teknologi boleh digunakan untuk kebaikan dan membantu merapatkan lagi masyarakat agar sokongan boleh diraih dengan cepat apabila diperlukan.



“Kami amat berbesar hati kerana sekitar 50 rakan penghantar GrabFood telah menyahut undangan kami untuk menyokong dan meluangkan masa mereka menghantar makanan kepada penduduk di beberapa balai masyarakat kejiranan.”



Encik Yee menambah: 



“Dikendalikan bersama Food From The Heart  dan Pusat Khidmat Keluarga Care Corner, ini hanya salah satu daya usaha yang kami libatkan rakan penghantar kami untuk memberi balik kepada masyarakat.”



Grab turut mengalu-alukan lebih banyak sokongan untuk inisiatif amal seperti itu. 



*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >