Subuh
5:43
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
Setempat

Penghantar makanan dikejarkan ke hospital setelah kemalangan langgar lari

Dec 21, 2019 | 03:18 PM

SEORANG pekerja penghantar makanan telah dikejarkan ke hospital setelah terlibat dalam satu kemalangan langgar lari di Petir Road di Bukit Panjang semalam (Jumaat, 20 Dis).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan tentang kemalangan di jalan raya di Petir Road pada 8.11 malam.

Pekerja penghantaran makanan itu, seorang lelaki berusia 40-an tahun, berada dalam keadaan sedarkan diri tetapi lengan kirinya patah, dan telah dibawa ke Hospital Tan Tock Seng dalam ambulans, kata SCDF.

Menurut laporan The Straits Times, lelaki tersebut dipercayai bekerja untuk syarikat Foodpanda.

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian