Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghantar makanan Foodpanda disiasat polis atas tuduhan menipu pelanggan di Punggol

Jul 06, 2019 | 03:51 PM



PENGHANTAR makanan Foodpanda disiasat polis dan syarikatnya kerana menipu pelanggan untuk membayar wang tunai untuk pesanan makanannya, walaupun beliau sudah pun membayar harga tersebut melalui Nets. 



Eksekutif sumber manusia Jasmine Tan, 30 tahun, berkongsi pengalamannya melalui pos Facebook Khamis lalu, dan berkata bahawa beliau telah memesan makanan untuk dihantar ke rumahnya di Punggol pada 7.30 malam hari sebelum itu. 



Cik Tan memberitahu akhbar The Straits Times Jumaat lalu bahawa beliau melihat melalui aplikasi Foodpanda bahawa pesanannya dari kedai makan Popeyes sudah pun dihantar pada 7.45 malam. 



Namun, penghantar hanya tiba dengan makanan beliau setengah jam selepas itu, dengan kaki yang tempang dan dengan lutut yang dibalut. 



Menurut penghantar tersebut, yang kelihatan berusia sekitar 20 hingga 30an, skuter elektriknya terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kereta berdekatan Sekolah Rendah Oasis, dan pesanan Cik Tan rosak dalam kemalangan itu. 



Katanya, beliau ke Popeye’s sekali lagi untuk memesan makanan tersebut, yang bernilai $34.09, meminta wang dari Cik Tan dan menjanjikan bahawa Foodpanda akan mengembalikan wang tersebut kepadanya dalam masa enam hari. 



Beliau telah membayar lelaki tersebut namun terkejut apabila mendapat tahu dari wakil khidmat Foodpanda bahawa penghantar makanan tersebut berkata beliau tidak mengambil sebarang wang daripadanya. 



Beliau memutuskan untuk melaporkan perkara tersebut kepada polis. Pihak polis mengesahkan laporan telah dibuat dan kes tersebut sedang disiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >