Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghantar makanan Foodpanda disiasat polis setelah didakwa menipu pelanggan di Punggol

Jul 05, 2019 | 02:54 PM



SEORANG penghantar makanan Foodpanda sedang disiasat polis dan syarikat tersebut kerana didakwa menipu pelanggan dengan menyuruhnya membayar wang tunai meskipun beliau sudah membuat pembayaran melalui Nets.



Cik Jasmine Tan, 30 tahun, berkongsi pengalamannya dalam satu pos di Facebook Khamis lalu.



Cik Tan berkata beliau memesan makanan yang sepatutnya dihantar ke rumahnya di Punggol pada 7.30 malam.



Beliau kemudian perasan bahawa pesanannya dari restoran makanan segera Popeyes ditandakan sebagai sudah dihantar di aplikasi Foodpanda pada 7.45 malam.



Namun, penghantar makanan hanya tiba di rumahnya sekitar setengah jam selepas itu sambil berjalan tempang dan lututnya berbalut, lapor The Straits Times.



Penghantar makanan itu yang berusia antara 20-an dengan 30-an tahun mendakwa e-skuternya terlibat dalam kemalangan langgar lari dengan sebuah kereta berdekatan Sekolah Rendah Oasis dan pesanan makanan Cik Tan musnah akibat itu.



Dia menambah bahawa dia telah ke Popeyes untuk memesan semula makanan tersebut, yang bernilai $34.09, dan meminta Cik Tan membayarnya wang tunai sambil menjanjikan bahawa Foodpanda akan memulangkan semula jumlah yang telah dibayar dalam enam hari.



Cik Tan membayar wang yang diminta tetapi terkejut apabila mendapat tahu daripada kakitangan perkhidmatan Foodpanda selepas itu bahawa penghantar makanan tersebut berkata dia tidak mengambil sebarang wang tunai daripadanya.



Cik Tan lalu membuat laporan polis.



Seorang jurucakap Foodpanda berkata:



"Ini adalah tuduhan yang kami anggap sangat serius dan kami sedang menyiasat perkara ini dengan secepat mungkin." 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >