Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghantar makanan GrabFood curi tuala di luar flat HDB

Jul 03, 2019 | 04:04 PM



PERBUATAN seorang penghantar makanan GrabFood yang mencuri tuala yang dijemur di luar sebuah flat HDB telah dirakam dalam video yang disebarkan di Internet.



Ini kurang seminggu selepas insiden serupa berlaku di mana seorang lagi penghantar makanan GrabFood mencuri kasut.



"Grab menolok kelakuan sebegitu dan akan melarang rakan kongsi penghantaran yang didapati bersalah," kata seorang jurucakap Grab.



Menurut laporan The Straits Times, dalam video berjudul "Grabfood #grabtowel" yang dikongsi oleh pengguna YouTube Muhd Ismail, seorang lelaki yang memakai baju hijau GrabFood dilihat berjalan di koridor HDB.



Dia kemudian berhenti di sebelah rak jemuran baju, melihat di sekelilingnya sebelum mengambil tuala biru dan berjalan ke arah lif flat itu.



Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar 1.30 pagi semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >