Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghantar makanan kurang upaya gembira, terharu lihat reaksi masyarakat

Apr 08, 2019 | 03:15 PM



KATA-KATA perangsang yang ditaburkan kepada penghantar makanan Grabfood Cik Sumaiyah Ghazali, yang  berkerusi roda, telah menyentuh perasaannya dan menguatkan semangat beliau untuk terus berdikari.



Malah, Cik Sumaiyah berharap kisahnya dapat menjadi inspirasi kepada orang kurang upaya lain.



Tatkala dihubungi Berita Harian (BH), Cik Sumaiyah, 40 tahun, melahirkan rasa terharu atas semangat positif yang diberikan oleh seisi masyarakat.



“Alhamdulillah, banyak yang doakan saya... saya tersentuh atas doa-doa itu. Ia kasi saya banyak semangat untuk terus bekerja,” ujarnya.



Video yang menunjukkan Cik Sumaiyah mengirimkan makanan dengan kerusi roda di Timur Singapura menjadi tular sejak ia diterbitkan BH pada Khamis (4 April).



Sehingga Isnin (8 April), video itu telah ditonton hampir 800,000 kali di Facebook. Ia juga telah dikongsi lebih 20,000 kali dan mengundang lebih 1,000 komen, kebanyakannya yang memuji tekad Cik Sumaiyah untuk berdikari.



Cik Sumaiyah, yang tidak menjangka video itu menerima sambutan seluas ini berkata:  “Banyak sangat komen, tak terbaca."



Namun, beliau amat berterima kasih kepada setiap orang yang meluangkan masa untuk memberinya kata semangat dan mendengar kisahnya.



Beliau berbesar hati atas sokongan padu yang ditunjukkan masyarakat lebih-lebih kepada golongan orang kurang sepertinya.



“Saya harap saya dapat jadi contoh kepada orang lain, kawan-kawan OKU (orang kurang upaya) saya yang lain. Bila mereka nampak saya gini, ia boleh beri mereka semangat untuk bekerja,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >