Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghantar makanan maut dalam nahas jalan raya

Mangsa baru kahwin, isteri hamil tiga bulan
Apr 13, 2022 | 05:30 AM



ISTERINYA menasihatinya jangan pergi ke kerja Ahad lalu kerana beilau terlewat bangun.



Encik Jason Tan, seorang penghantar makanan dan bakal bapa, tetap bersiap untuk bekerja kerana berharap mendapat insentif yang ditawarkan kepada penghantar makanan.



Beliau hanya perlu memenuhi 13 lagi pesanan makanan untuk meraih insentif tersebut.



Namun semasa bertugas, Encik Tan, 24 tahun, terlibat da-lam satu nahas jalan raya di Gambas Avenue dan meninggal dunia.



Polis memberitahu akhbar The Straits Times mereka diberitahu mengenai nahas melibatkan sebuah van dan dua motosikal pada sekitar 1 tengah hari.



Encik Tan, yang menunggang motosikalnya, meninggal dunia di tempat kejadian, sementara seorang lagi penunggang motosikal, berusia 20 tahun, dibawa ke hospital.



Pemandu van berusia 36 tahun itu ditahan kerana kecuaian memandu dan menyebabkan kematian. Siasatan polis masih dijalankan.



Encik Jeremy Tan, abang Encik Tan, berkata keluarga mereka dalam keadaan terperanjat apabila menerima berita itu.



"Adik saya kebahagiaan keluarga ini dan dia sering buat kami tertawa," kata Encik Jeremy, yang kemudian berkata hubungan keluarganya erat dan mereka berjumpa setiap hujung minggu meluangkan masa bersama sambil bermain mahjong.



Menurut Encik Jeremy, Encik Tan dan isterinya bakal menimang anak sulung mereka ke-rana isterinya hamil tiga bulan.



Pasangan itu tinggal di Woodlands bersama ibu bapa Encik Tan dan dua adik.



Pasangan itu kenal sejak di Sekolah Rendah Fuchun dan berkahwin pada 5 Mac lalu.



Bayi mereka juga akan menjadi cucu pertama keluarga itu.



Menurut Encik Jeremy lagi, Encik Tan bekerja sebagai penghantar makanan sepenuh masa bersama foodpanda untuk beberapa tahun kerana beliau dan isteri mempunyai rancangan membeli rumah mereka sendiri dalam dua atau tiga tahun.



Seorang jurucakap foodpanda berkata: "Kami amat sedih dengan pemergian salah se-orang penghantar makanan kami dan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.



"Kami juga akan melakukan sedaya upaya untuk menyokong keluarganya, seiring de-ngan membantu polis berhubung sebarang maklumat yang diperlukan untuk siasatan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >