Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghantaran bungkusan dan kiriman berdaftar mungkin perlu penuhi piawaian pengaturan

Feb 11, 2019 | 07:36 PM



PENGHANTARAN bungkusan dan kiriman berdaftar tidak lama lagi perlu memenuhi piawaian pengaturan, menyusuli aduan serta denda $100,000 yang dikenakan ke atas SingPost ekoran kegagalan khidmat yang merangkumi kiriman setempat.



Kecuaian oleh pembekal khidmat kiriman itu baru-baru ini melibatkan kededua khidmat yang dirangkumi di bawah piawaian Kualiti Khidmat Kiriman Penguasa Pembangunan Infokom dan Media (IMDA), serta khidmat yang tidak terangkum di bawah piawaian itu , kata Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Sim Ann di parlimen hari ini. 



IMDA menerima lapan aduan tahun lalu (2018) mengenai individu-individu yang menerima notis bahawa kiriman tidak boleh dihantar kepada mereka meskipun ada orang di rumah.



Pada 2017, ada 7 aduan sedemikian.



Tetapi SingPost tidak dapat memberikan jumlah aduan khusus yang diterimanya berhubung notis penghantaran gagal sedemikian, kata Cik Sim.



“Apa pun, kami percaya ada lebih banyak insiden yang tidak dilaporkan secara rasmi,” katanya sambil menambah IMDA akan memberi tumpuan pada isu ini.



Cik Sim sedang memberi jawapan kepada Cik Lee Bee Wah (GRC Nee Soon) mengenai contoh kiriman yang hilang dan penyalahgunaan notis penghantaran kiriman yang gagal meskipun ada orang di rumah.



Beliau juga berkata SingPost menerima 91 aduan mengenai kiriman salah dan hilang tahun lalu, disamping menyiasat setiap aduan serta menghantar semula kiriman yang telah dijumpai.



Di bawah piawaian Kualiti Khidmat Kiriman IMDA, SingPost perlu menghantar antara 98 peratus dengan 99 peratus surat asas setempat dalam masa satu hari bekerja dan 100 peratus dalam masa dua hari bekerja.



Ia gagal memenuhi keperluan ini dalam sembilan kes pada 2017, sekali gus menyebabkan SingPost menerima denda paling tinggi yang diterimanya selama ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >