Penghargaan buat semua pekerja sempena Hari Pekerja, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Penghargaan buat semua pekerja sempena Hari Pekerja

May 01, 2020 | 09:26 PM

MENTERI dan kumpulan yang memperjuang nasib pekerja asing di sini memberi penghormatan kepada sumbangan pekerja asing sempena Hari Pekerja hari ini (1 Mei).

Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo mengucapkan terima kasih atas sumbangan mereka kepada Singapura menerusi satu video yang dimuat naik ke laman Facebook beliau semalam.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong turut merakam penghargaan bagi golongan pekerja ini.

Sedang pekerja asing yang tinggal di asrama terus membentuk sebahagian besar kes baru jangkitan Covid-19 di sini, pemimpin negara ini telah memberi jaminan akan terus menjaga keperluan kesihatan mereka dan keperluan lain.

Agensi pemerintah juga sedang bekerjasama dengan badan bukan pemerintah untuk memenuhi keperluan mereka pada masa yang sukar ini.

Pusat Pekerja Asing (MWC) turut memuat naik video dengan pelbagai kata-kata semangat sebagai penghargaan buat pekerja asing di sini menerusi laman Facebook mereka.

Malah, restoran Pizza Hut juga telah mendermakan 3,000 piza kepada pekerja asing yang terjejas dek pandemik Covid-19 itu.

Beberapa pertubuhan dan syarikat di sini turut mengiktiraf pekerja mereka sempena Hari Pekerja hari ini.

Syarikat elektronik Gain City misalnya mengumpulkan 800 gambar pekerjanya dengan bendera Singapura.

Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) pula menghasilkan sebuah video sebagai penghargaan kepada pekerja di barisan depan.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map