Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghidap alahan lega ada peluang dapatkan vaksin Covid-19

Jun 06, 2021 | 05:30 AM



AKIBAT termakan keropok ikan satu ketika dahulu, Cik Nurul Natasha Norshaharili Zulzata mengalami reaksi alahan yang teruk, atau anafilaksis, yang menyebabkan kulitnya mula bengkak dan beliau sukar bernafas sehingga terpaksa dibawa ke hospital.



Remaja berusia 17 tahun itu merupakan antara sebilangan warga yang menghidap alahan itu dan sebelum ini tidak dibenarkan mengambil vaksin Covid-19 jenis mRNA seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna.



Tetapi, jawatankuasa pakar mengenai vaksinasi Covid-19 mengumumkan kelmarin bahawa mereka yang mempunyai sejarah anafilaksis dan mempunyai alahan terhadap ubat-ubatan lain, makanan, sengatan serangga atau pencetus yang tidak diketahui, kini boleh mendapatkan vaksin mRNA.



Ia menggembirakan hati pelajar Politeknik Temasek (TP) yang bimbang kesihatannya dan keluarganya jika beliau tidak mendapat suntikan bagi mencegah dari terkena dari jangkitan Covid-19.



"Reaksi alahan yang saya alami baru-baru ini berlaku Oktober tahun lalu. Tetapi, ia tidak seteruk reaksi alahan pertama yang pernah saya alami pada Ogos lalu di mana saya mendapat tahu bahawa saya agak sensitif kepada makanan laut.



"Setelah mengalami reaksi yang teruk tahun lalu, saya tidak ingin mengambil risiko dan memilih tidak mengambil vaksin Covid-19," katanya, yang sedang mengikuti program Politeknik (PFP) dalam jurusan penerbangan elektronik di TP.



Kata Cik Natasha, semua anggota keluarganya sama ada telah mendaftar atau sudah selesai mendapat dua dos vaksin mencegah dari Covid-19.



"Pada awalnya saya agak sedih juga tidak dapat mempunyai peluang untuk divaksinasi.



"Tetapi dengan pengumuman ini, saya gembira dan bersyukur diberi peluang untuk mencegah diri saya, terutamanya dengan keadaan yang tidak menentu sekarang.



"Terdapat risiko yang tinggi untuk kita dijangkiti," kata anak bongsu daripada dua orang beradik itu.



Beliau, yang sudah mendapatkan mesej pesanan ringkas (SMS) dari Kementerian Kesihatan (MOH) untuk mendapatkan suntikan, bakal mendapatkan dos pertamanya pada 21 Jun ini.



Jawatankuasa pakar vaksinasi Covid-19 telah mengesyorkan agar golongan yang mengalami alahan itu mengambil vaksin mRNA setelah mengkaji data secara teliti di peringkat sejagat dan tempatan.



MOH berkata, sebilangan besar daripada 32,000 orang di sini yang belum dapat mengambil vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna mRNA kerana alasan perubatan sekarang akan dapat melakukannya di bawah program nasional.



Tetapi, minoriti yang mempunyai sejarah anafilaksis atau reaksi alahan terhadap vaksin lain, masih tidak layak.



Meskipun mempunyai alahan terhadap makanan laut, Cik Natasha berkata sejauh ini beliau tidak mempunyai sejarah alahan terhadap vaksin lain.



"Memandangkan keadaan Covid-19 yang tidak menentu, saya berharap dengan mengambil vaksin, saya dapat memainkan peranan untuk mengurangkan jumlah kes Covid-19 di sini dan beralih kembali ke fasa tiga di Singapura.



"Saya faham bahawa kita perlu seramai 80 peratus penduduk kita untuk mengambil suntikan supaya dapat mencapai imuniti kelompok.



"Saya hanya memainkan peranan saya untuk mencapai matlamat tersebut," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >