Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghormatan mencurah kenang jasa Allahyarham Ustaz Md Salleh

Oct 24, 2021 | 05:30 AM



PENGHORMATAN datang mencurah daripada masyarakat Islam setempat bagi memperingati jasa bakti Ustaz Md Salleh Abdul Hamid, yang meninggal dunia pada 19 Oktober lalu, yang juga jatuh pada tarikh Maulidur Rasul tahun ini.



Dikenali sebagai murid ulama Allahyarham Sheikh Omar Alkhatib, Allahyarham Ustaz Salleh telah banyak menyumbang kepada masyarakat di sini, khususnya dalam menterjemahkan buku-buku Sheikh Omar ke bahasa Melayu.



Antara mereka yang telah memberi penghormatan adalah Ustaz Zahid Zin yang menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan besar kepada masyarakat Islam di Singapura.



"Kali terakhir saya berjumpa bersamanya adalah tahun lalu semasa pernikahan cucunya. Meskipun beliau dalam keadaan lemah, beliau gembira mendengar bahawa buku-bukunya digunakan dalam sesi (kelas Diary Tok Kadi) saya.



"Sedang anda selalu melihat orang seperti saya naik ke atas pentas dalam majlis, orang suci yang rendah hati dan berpengetahuan sepertinya ada di khalayak ramai, duduk bersama anda," kata Ustaz Zahid dalam satu catatan di Instagram.



Allahyarham, 82 tahun, menghembuskan nafas terakhir sekitar 4.50 pagi di Hospital Tan Tock Seng akibat lanjut usia, kata anak ketiganya, Cik Rashida Md Salleh, 50 tahun.



"Abah saya meninggal pada waktu yang paling dihormati. Iaitu pada waktu tahajud dan pada tarikh kelahiran Rasulullah saw.



"Ini seperti bagaimana beliau telah menjalani hidupnya - memulakan harinya dengan solat tahajud dan menjalani kehidupan yang mematuhi ciri-ciri dan tingkah laku Rasulullah saw," kata Cik Rashida sambil berkata keluarganya turut di sisi Allahyarham apabila beliau menghembuskan nafas terakhir.



Sepanjang hidupnya, Allahyarham Ustaz melakukan banyak usaha untuk menyalin banyak pengajaran Sheikh Omar al-Khatib dan akhirnya menerbitkan tulisan-tulisan tersebut untuk manfaat masyarakat Islam.



"Satu kebiasaan yang akan kita ingat tentangnya adalah beliau membawa pen dan buku nota ke mana sahaja beliau pergi. Ini adalah bukti cintanya kepada pengetahuan dan ingin mengongsinya dalam bentuk kata-kata.



"Inilah sebabnya mengapa beliau dapat menulis sembilan buku (dalam bahasa Melayu), dengan dua edisi terjemahan bahasa Inggeris," jelas Cik Rashida.



Hasilnya, pengetahuan itu telah dipindahkan dari bentuk lisan ke bentuk tulisan yang membolehkan ribuan Muslim di seluruh wilayah memanfaatkannya.



Antara kitab-kitab ini termasuk 'Panduan Ilmu Fiqh Syeikh Omar Al-Khatib Bab Solat Jilid 1; 'Panduan Ilmu Fiqh Syeikh Omar Al-Khatib Bab Puasa & Zakat' dan 'Faraidh & isu-isu nuzuriah, hibah dan wasiat'.



Selain menerbitkan buku-buku, Allahyarham juga banyak mengajar di beberapa masjid dan tempat di Singapura seperti Masjid Darul Aman, Masjid Al-Abdul Razak, Darul Arqam serta Persatuan Arab Singapura.



Mengulas mengenai pemergian bapanya, Cik Rashida berkata ramai yang akan merindui bapanya.



"Sifat ketegasannya atas hukum agama, sifat murah hati dan suka menderma kepada mereka yang memerlukan dan yang kurang bernasib baik, terutama sekali dalam kalangan murid-murid yang ingin lanjutkan pelajaran dalam bidang ukhrawi adalah sesuatu yang saya rasa ramai tidak akan dapat lupakan," katanya.



Allahyarham meninggalkan lima orang anak, 16 orang cucu serta seorang balu.



"Bagi keluarganya, beliau akan dirindui kerana sifatnya yang penyayang, meskipun beliau kadangkala tegas," katanya.



"Sepanjang hidupnya, beliau adalah seseorang yang selalu memberi nasihat.



"Sesungguhnya beliau seorang bersifat mulia dan sayangkan mereka yang dekat dengannya," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >