Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghormatan terakhir negara kepada mendiang S R Nathan

Aug 26, 2016 | 02:54 PM



PERARAKAN bagi persemadian negara untuk mantan presiden mendiang Encik S R Nathan kini berjalan lancar.



Jenazah mendiang meninggalkan Bangunan Parlimen pada 2 petang tadi dan menyusuri beberapa mercu tanda utama seperti Dewan Bandaraya dan Pusat NTUC.



Kira-kira 300 kakitangan NTUC berkumpul di depan bangunan untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.



Keranda mendiang diusung di atas sebuah pedati meriam.



Timbalan Pengarah di Jabatan Keanggotaan NTUC, Encik Hans Goh, ditukil akhbar The Straits Times sebagai berkata, beliau menganggotai Persatuan Pengakap apabila Encik Nathan dilantik sebagai Ketua Pengakap.



"Beliau akan terus berjalan ke arah anda dan anda tidak terasa terancam olehnya; malah anda berasa dekat dengannya. Beliau ingat anda, itu sesuatu yang indah," ujarnya.



Sewaktu jenazah melalui kawasan berdekatan stesen MRT Queenstown, kedengaran suara penduduk melaungkan "Selamat tinggal, Encik Nathan!"



Malah, seorang pelajar menengah satu dari Sekolah Menengah Queenstown, Shafrith Nor, 13 tahun, telah meminta izin dari ibu bapanya untuk menyaksikan perarakan itu.



Beliau datang sendirian.



"Saya tidak begitu mengetahui tentang Encik Nathan, tetapi apabila beliau meninggal dunia, saya membaca berita mengenainya dan berasa sangat sedih. Saya suka membaca tentang dirinya yang tidak putus asa terhadap rakyat dan ingin membantu semua orang," ujarnya.



Presiden, Dr Tony Tan Keng Yam dan isteri, tiba di UCC 2.30 petang, bersamaan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong dan isteri.



Jenazah tiba di Pusat Budaya Universiti (UCC), Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk acara penghormatan terakhir yang akan berlangsung pada 3 petang ini.



Sebanyak tujuh belangsungkawa akan disampaikan, termasuk satu daripadanya oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Menyusuli acara penghormatan itu, jenazah Encik Nathan akan dibawa ke Krematorium Mandai untuk acara persemadian yang khusus untuk ahli keluarga sahaja.



Sejak Khamis lalu, ribuan orang termasuk ahli politik, pemimpin dan aktivis akar umbi, pemimpin masyarakat serta rakyat jelata tiba di Bangunan Parlimen sebagai memberikan penghormatan terakhir mereka kepada mendiang, yang merupakan presiden keenam Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >