Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghubung taman beri manfaat kepada penduduk Tampines

Nov 21, 2022 | 05:30 AM



PROJEK Tampines Large Scale Town Wide yang mempertingkatkan penghubung taman utama di bawah jejambat MRT kini sudah selesai dibina.



Projek itu meningkatkan taman berkaitan - yang luasnya bermula dari Pusat Bandar Tampines hingga ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) - dengan lapan ciri landskap baru.



Satu majlis menanam pokok yang disertai para penduduk dan para Anggota Parlimen GRC Tampines telah diadakan bagi menandakan penyelesaian projek tersebut.



Hadir di acara tersebut ialah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon; Pengerusi Majlis Bandaran Tampines, Cik Cheng Li Hui, Naib Pengerusi Majlis Bandaran Tampines, Encik Desmond Choo dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng.



Dengan selesainya projek tersebut, para penduduk dapat memanfaatkan penghubung taman sepanjang satu kilometer itu untuk ke Stesen MRT Tampines.



Projek itu adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang Tampines untuk mengurangkan penggunaan kenderaan di kejiranan itu sekali gus mengurangkan jejak karbon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >