Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghuni Darul Ma'wa dapat kunjungan istimewa

Kakitangan Royal Brunei Airlines (RBA) berbuka puasa dengan penghuni, selain beri sumbangan derma
May 26, 2019 | 05:30 AM



SERAMAI 34 penghuni Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Darul Ma'wa telah mendapat kunjungan khas kakitangan Royal Brunei Airlines (RBA), Khamis lalu.



Kunjungan tersebut yang diadakan sempena Ramadan, merupakan sebahagian daripada projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat penerbangan itu.



Turut hadir di majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Singapura, Encik Saifulbahri Mansor.



Selain menjamu selera penghuni yang berusia antara tujuh dengan 21 tahun itu, RBA turut menyampaikan sumbangan wang daripada kakitangan syarikat penerbangan itu yang mempunyai pejabat di Singapura.



Pengurus Negara di Singapura bagi syarikat itu, Encik Nick Naung Naung, melahirkan rasa rendah hatinya dapat bekerjasama dengan Darul Ma'wa menerusi sesi berbuka puasa bersama penghuni rumah itu sempena Ramadan.



"Sudah menjadi harapan kami sejak sekian lama untuk memberi kembali kepada masyarakat dan kami amat gembira kerana diberi peluang ini.



"Memandangkan kebanyakan kanak-kanak itu tidak mempunyai keluarga untuk berbuka puasa sama, kami harap menerusi langkah ini, tidak kira besar atau kecil, kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini akan merasa diri mereka disayangi, dijaga dan tenang sepanjang Ramadan ini," katanya.



Ketua Rumah Darul Ma'wa, Encik Mohamad Hosni Abdul Malik, berkata pihaknya "membuka pintu" kepada sesiapa yang ingin berbuka puasa bersama penghuni rumah itu, tidak kira penderma privet atau korporat.



"Ini berlangsung setiap hari, meskipun terdapat hari-hari di mana penderma menaja buka puasa di restoran pilihan mereka sendiri. Ini akan menghasilkan semangat sambutan Ramadan buat anak-anak ini agar rasa diri mereka disayangi dan dapat beriftar sama," katanya.



Penghuni Darul Ma'wa datang daripada keluarga berantakan yang memerlukan tempat berteduh, yang telah didera dan diabai serta memerlukan jagaan selain perlindungan.



Encik Hosni menambah bahawa pihak pengurusan Jamiyah Singapura berasakan penderma korporat memainkan peranan besar dalam menjalin semangat kemasyarakatan.



Katanya, selain berbuka sama ia juga memberi kededua pihak korporat dan pihak pengurusan peluang bekerjasama demi pembangunan penghuni dan masyarakat.



"Pihak korporat mempunyai pelbagai sumber yang mereka sering ingin berkongsi bersama kami.



"Menerusi acara berbuka puasa, projek yang produktif akan dirancang dan berlangsung bagi manfaat mereka yang memerlukan.



"Tambahan lagi, acara berbuka puasa yang ditaja mereka memberi kesan rasa terima kasih dalam kalangan penghuni.



"Pastinya kehadiran penaja membawa kebahagiaan kepada kanak-kanak dalam menerima tetamu dan berbuka sama bak keluarga," tambahnya.



Seorang penghuni, Andra (bukan nama sebenar), berkata:



"Bersyukur kerana adanya golongan masyarakat yang prihatin terhadap insan yang memerlukan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >