Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA -KAJIAN INSTITUT PENGAJIAN DASAR (IPS)

Penghuni flat lebih kecil lebih terpengaruh maklumat palsu

Dec 18, 2020 | 05:30 AM



SEMENTARA tiada orang kebal daripada maklumat palsu, satu tinjauan Institut Pengajian Dasar (IPS) menunjukkan bahawa warga emas dan mereka yang tinggal di flat HDB satu hingga tiga bilik lebih mudah terpengaruh dengan maklumat palsu.



Ini berdasarkan respons 2,011 penduduk Singapura menerusi wawancara empat mata pada November dan Disember tahun lalu.



Membentangkan hasil dapatan tinjauan itu, zamil penyelidik kanan yang juga Ketua Jabatan Masyarakat dan Budaya di IPS, Dr Carol Soon, berkata usaha campur tangan yang lebih khusus perlu terus dijalankan bagi golongan ini.



"Ini akan membantu mereka menangani masalah maklumat palsu dengan lebih berkesan dan yakin," ujarnya semasa satu taklimat media menerusi Zoom semalam.



Seorang lagi pengkaji yang terlibat dalam tinjauan itu, Encik Shawn Goh, yang juga penolong penyelidik di IPS, berkata hasil dapatan tinjauan itu menunjukkan perlunya memperkukuh dan memperluas usaha celik digital yang ada sekarang khusus bagi golongan ini.



Beliau turut menarik perhatian program Transformasi Digital untuk Warga Emas yang bertujuan melengkapi warga emas dengan kemahiran menyusuri sekitaran digital dan ruang dalam talian.



"Kajian kami menunjukkan bahawa... pengetahuan orang ramai tentang cara landskap media dan maklumat beroperasi memainkan peranan utama dalam mempengaruhi kecenderungan mereka mudah terpengaruh (dengan maklumat palsu).



"Selain meneruskan dan memperkukuh usaha celik digital yang dijalankan sekarang, kita juga perlu memperluas kurikulum celik digital... untuk melindungi warga Singapura daripada maklumat palsu dengan lebih baik," kata Encik Goh.



Selain warga emas dan golongan daripada latar belakang sosioekonomi yang lebih rendah, mereka yang lebih percaya laman berita di dalam talian sahaja atau blog; miliki lebih kecenderungan bias pengesahan semasa mendapatkan dan memproses maklumat; kurang cekap atau yakin membezakan antara maklumat yang benar dengan yang palsu serta kurang celik digital juga lebih mudah terpengaruh dengan maklumat palsu.



Kajian mengenai warga Singapura dan maklumat palsu yang dibiayai Kementerian Perhubungan dan Penerangan (Divisyen Pembelajaran dan Kesediaan Digital) itu dijalankan dalam tiga fasa.



Fasa pertama - yang hasilnya dibentangkan semalam - antara lain bertujuan mengkaji tahap kecenderungan warga Singapura terpengaruh dengan maklumat palsu, golongan yang lebih mudah terpengaruh dan jenis maklumat palsu yang membuat mereka lebih mudah terpengaruh.



Tinjauan tersebut turut mendapati bahawa lebih dua pertiga responden mempercayai rencana berita yang telah dipalsukan untuk mengelirukan orang ramai.



Ini meskipun terdapat beberapa tanda rencana itu telah diubah atau dipalsukan termasuk URL yang diubah, tajuk rencana yang dijadikan lebih sensasi, beberapa kesilapan ejaan dan tatabahasa serta pihak berkuasa setempat palsu yang disebut dalam rencana itu.



Encik Goh turut menarik perhatian bahawa tahap pendidikan seseorang tidak tampil sebagai petunjuk utama dalam hasil dapatan kajian itu.



"Ini bukan bermakna pendidikan tidak penting dalam usaha memerangi maklumat palsu... tetapi ini menunjukkan bahawa kelayakan pendidikan yang tinggi tidak semestinya melengkapi seseorang dengan perlindungan yang cukup kukuh daripada maklumat palsu.



"Sebaliknya, apa yang diperlukan ialah pendidikan untuk melengkapi orang ramai dengan pengetahuan khusus tentang landskap media dan maklumat supaya mereka lebih sedar tentang maklumat yang mereka terima serta sumbernya, jadi mereka tidak mudah terpengaruh dengan maklumat palsu," ujarnya.



Tinjauan itu turut membahagikan pengguna maklumat kepada empat kumpulan berbeza.



Namun dalam kalangan mereka, hampir separuh daripada golongan yang dianggap paling cekap membezakan antara maklumat yang benar dengan yang palsu dan bijak menggunakan maklumat, dengan bias pengesahan yang rendah, pun mempercayai rencana berita yang telah dipalsukan dan oleh itu mudah terpengaruh dengan maklumat palsu.



"Ini jelas menunjukkan bahawa tiada siapa kebal terhadap maklumat palsu," kata Encik Goh.




“Warga Singapura boleh memainkan peranan lebih aktif dalam rangkaian sosial mereka untuk membetulkan maklumat palsu. Selain tingkatkan pengetahuan di kalangan warga Singapura untuk melengkapi mereka dengan kemahiran mengenal pasti maklumat palsu dan bagaimana untuk mengenal pastinya, lebih banyak usaha boleh dijalankan untuk mengajar kemahiran insani untuk membantu orang ramai mengambil langkah campur tangan dalam rangkaian sosial mereka.”
– Dr Carol Soon, zamil penyelidik kanan yang juga Ketua Jabatan Masyarakat dan Budaya di IPS.




“Selain meneruskan dan memperkukuh usaha celik digital yang dijalankan sekarang, kita juga perlu memperluas kurikulum celik digital... untuk melindungi warga Singapura daripada maklumat palsu dengan lebih baik.”
– Encik Shawn Goh, seorang lagi pengkaji IPS.




KAJIAN IPS MENGENAI MAKLUMAT PALSU DAN WARGA SINGAPURA



DAPATAN:



- Warga emas dan penduduk flat HDB 1 hingga 3 bilik lebih mudah terpengaruh dengan maklumat palsu



- Golongan dianggap bijak susuri landskap maklumat juga boleh terpengaruh



- Kadar celik digital dan maklumat di Singapura rata-ratanya rendah



- Warga lebih cenderung tidak pedulikan maklumat palsu di laman rangkaian sosial dan wadah mesej segera



- Rangkaian sosial dorong penyebaran maklumat palsu



SARANAN:



- Perkukuh usaha tingkat kadar celik digital



- Usaha campur tangan lebih khusus bagi warga emas dan penduduk latar belakang sosioekonomi lebih rendah



- Perluas usaha tingkat kadar celik digital



- Pemeriksa fakta perlu dedikasikan sumber tangani maklumat palsu



- Manfaatkan media yang boleh dipercayai dan wadah teknologi untuk sebarkan maklumat benar



- Manfaatkan kuasa rangkaian sosial untuk betulkan maklumat palsu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >