Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghuni penjara Changi turut sumbang isi beg cenderahati NDP

Jul 20, 2019 | 05:30 AM



SEMANGAT kenegaraan tetap dirasakan oleh John (bukan nama sebenar), seorang banduan, apabila meluangkan masa mengisi barang bagi beg cenderahati Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini di Kompleks Penjara Changi.



Dia merupakan antara 30 banduan yang secara sukarela menyertai projek 'Reach Out' bagi mengisi 50,000 beg cenderahati NDP.



Projek itu merupakan kerja sama antara jawatankuasa penganjur NDP 2019, Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), Projek Reben Kuning yang membantu bekas pesalah memulakan hidup baru serta Very Special Arts (VSA), sebuah badan kebajikan bagi menggalak orang kurang upaya melibatkan diri dalam seni.



Dengan tema NDP 'Singapura Kita' tahun ini, pihak penganjur ingin lebih inklusif dengan memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menyumbang kepada sambutan Hari Kebangsaan.



John, 34 tahun, memilih untuk mengambil bahagian dalam sesi mengisi beg selama enam jam sehari di penjara.



"Bukanlah susah sangat untuk saya mengorbankan sedikit masa bagi ikut serta kegiatan ini.



"Saya seorang rakyat Singapura dan selalunya, saya hanya akan menonton NDP di televisyen sahaja tetapi, melalui projek ini, saya dapat menyumbang kepada sambutan Hari Kebangsaan.



"Ini kali pertama saya mengambil bahagian dalam aktiviti seperti ini dan secara peribadi, saya rasa bahawa aktiviti ini merapatkan lagi persahabatan antara rakan seunit saya. Ia juga menyeronokkan dan membuat saya rasa produktif," kata John.



Dalam setiap beg cenderahati NDP itu, sekeping kad ucapan juga disertakan dengan ucapan khas ditulis tujuh penghuni penjara mengenai harapan mereka mengenai Singapura serta lukisan tujuh orang kurang upaya dari VSA berusia antara 17 dengan 31 tahun.



Selain kad ucapan, para banduan juga meletakkan barangan lain seperti biskut, keropok, tatu muka, minyak jenama Tiger Balm dan bermacam lagi.



Di penjara itu, ruang khas disediakan dengan sistem mirip tali sawat penyampai atau conveyor belt bagi memudahkan dan melancarkan keseluruhan tugas mengisi beg cenderahati itu.



"Ramai di kalangan penghuni di sini mendaftarkan diri untuk mengambil bahagian dalam aktiviti ini tetapi kami hanya memilih 30 orang.



"Mereka yang dipilih sangat bangga kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian. Ia sesuatu yang amat bermakna bagi mereka," kata Ketua Kanan Warden 1, Cik Illamaran Tharmizhkkothai, 48 tahun.



Tahun lalu, pihak NDP bekerjasama dengan keluarga pendapatan rendah bagi projek '20 Days of Giving'.



"Melalui projek dan kerjasama seperti ini, ia menyatukan semua lapisan masyarakat dan memberi makna kepada sambutan Hari Kebangsaan.



"Secara tidak langsung, kerjasama antara golongan pesalah serta orang istimewa ini meningkatkan kesedaran masyarakat dan ia amat bermakna bagi mereka," kata pula Pengerusi Jawatankuasa Meraikan Usaha Mendekati Masyarakat NDP, LTC (NS) Hoe Kok Wei, 47 tahun.



Salah seorang pelajar istimewa dari VSA yang menyumbangkan lukisannya dalam kad ucapan yang disertakan dalam beg cenderahati NDP ialah Encik Kenneth Lee, 25 tahun, yang menghidapi autisme.



"Jika diberi peluang lagi untuk mengambil bahagian dalam aktiviti seperti ini, saya tidak akan teragak-agak. Ia memberi peluang bagi saya untuk melukis dan pada masa sama, berbakti kepada masyarakat,'' tambahnya.




"Ramai di kalangan penghuni di sini mendaftarkan diri untuk mengambil bahagian dalam aktiviti ini tetapi kami hanya memilih 30 orang. Mereka yang dipilih sangat bangga kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian. Ia sesuatu yang amat bermakna bagi mereka."
- Ketua Kanan Warden 1, Cik Illamaran Tharmizhkkothai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >