Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

Penghuni rumah jagaan digesa dapatkan vaksin secepat mungkin

Oct 02, 2021 | 05:30 AM



AGENSI Penjagaan Bersepadu (AIC) menggesa semua penghuni rumah jagaan supaya mengambil vaksin Covid-19 secepat mungkin memandangkan bilangan kematian melibatkan warga emas terus meningkat.



Memberi responsnya kepada pertanyaan Berita Harian, AIC, yang menyokong 80 rumah jagaan dengan 14,000 penghuni, berkata hingga 24 September, sekitar 80 peratus penghuni rumah jagaan telah menerima kedua-dua dos vaksin, manakala sekitar 90 peratus telah menerima dos pertama mereka.



Menurut AIC, rumah jagaan melaksana langkah perlindungan menyeluruh dan ini termasuk mengamalkan amalan kawalan jangkitan, melengkapi kakitangan dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan mengawal kesihatan semua penghuni serta kakitangan dengan teliti.



"Bagi mengurangkan penularan dan kesan Covid-19 dalam kalangan rumah jagaan, sekiranya berlaku kes positif, rumah jagaan membahagikan premis mereka kepada beberapa zon khusus.



"Penghuni dan kakitangan ditempatkan ke satu zon dan kekal di zon itu tanpa bercampur gaul merentasi zon lain," kata AIC.



Lawatan ke rumah jagaan juga kini digantung kerana pertambahan kes Covid-19 dalam masyarakat.



Rumah jagaan juga telah menambah bilangan ujian Covid-19 menggunakan ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) bagi kakitangan daripada sekali setiap dua minggu kepada dua kali seminggu.



Ujian tambahan akan dijalankan menggunakan kitujian pantas antigen (ART).



Ujian ART juga telah mula dilakukan bagi penghuni dan akan habis menjelang 11 Oktober.



AIC telah mengagihkan kit ART ke rumah jagaan, yang sudah biasa dengan penggunaannya.



"Ujian dipertingkat ini akan dapat mengesan sebarang jangkitan Covid-19 lebih awal dan memastikan ia ditangani," kata AIC.



Berhubung vaksinasi, AIC berkata ia menyokong rumah jagaan dengan vaksinasi Covid-19 bagi penghuni layak dari segi perubatan, termasuk mengambil suntikan penggalak (booster).



Vaksinasi dilakukan di rumah jagan itu atau oleh pasukan vaksinasi bergerak.



Rumah jagaan juga bekerjasama rapat dengan pasukan perubatan untuk menilai setiap penghuni bagi kelayakan perubatan mereka.



"Bagi penghuni dan ahli keluarga terdekat masih ragu-ragu mengambil vaksinasi atau suntikan penggalak, rumah jagaan akan terus mendekati mereka secara kerap dan menjawab sebarang pertanyaan yang mungkin mereka ada," tambah AIC.



Ia juga menggesa semua penghuni yang belum divaksinasi supaya mengambil vaksin dan melakukannya secepat mungkin.



Penghuni yang didiagnos dengan jangkitan Covid-19 kebanyakannya telah dihantar ke hospital bagi rawatan dan kawalan rapi.



Penghuni rumah jagaan Covid-19 sesuai akan dimasukkan ke kemudahan rawatan masyarakat Kementerian Kesihatan (MOH), yang menyediakan rawatan perubatan lebih menyeluruh daripada rumah jagaan dan boleh menguruskan warga emas stabil atau mempunyai gejala ringan.



Bagi rumah jagaan yang mempunyai kes Covid-19, AIC menyokongnya dengan menguruskan dan mengawal situasi.



Ini termasuk menghantar Pasukan Respons Insiden yang merangkumi rumah jagaan serta rakan kongsi daripada kesihatan awam, makmal dan hospital untuk kesan, mengepung, dan menjaga kes Covid-19.



"Bagi rumah jagaan terjejas akibat kekurangan tenaga kerja disebabkan perintah kuarantin, AIC dan MOH akan terus menyokong rumah jagaan menghadapi isu ini bagi memastikan khidmat diteruskan untuk semua penghuni," kata AIC lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >