Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penghuni rumah peralihan serikan sambutan Lebaran keluarga

May 12, 2021 | 05:21 PM



ENCIK Mohammed Anis Adam sekeluarga jarang menghiasi rumah mereka tatkala menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.



Mereka empat beranak menyambut Hari Raya dengan sederhana sejak isteri Encik Anis, Cik Shazlin Hassan menghidap penyakit strok sekitar lima tahun lalu.



Selain menjadi pencari nafkah tunggal keluarga, Encik Anis, 53 tahun, juga perlu memberi perhatian sepenuhnya terhadap penjagaan isterinya.



Beliau, yang juga tinggal bersama dua anaknya yang berusia 16 dan 18 tahun, terpaksa berhenti bekerja sepenuh masa dan beralih membuat kerja sambilan sebagai seorang juruteknik bebas.



Sepanjang tempoh itu, rumah mereka dibiarkan terbengkalai sehingga terdapat kerosakan pada dinding tandas dan perkakas serta perabot dalam rumah yang tidak dapat digunakan lagi.



“Memang sudah lama rumah kami tidak pernah dikemas dengan rapi ataupun dicat semula. Kadang-kala susah bagi saya mencari masa untuk mengemas rumah,” akur Encik Anis.



Namun menjelang Hari Raya tahun ini, suasana di rumah Encik Anis telah diubah suai bagi menyuntik kemeriahan dan keceriaan.



Rumah tiga biliknya terpilih untuk menjalani kerja ubah elok di bawah daya usaha ‘Project Happiness 2.0’ anjuran Darul Islah. 



Sepanjang dua minggu  dicat semula, dilengkapi dengan perkakas serta perabot baru seperti kipas angin, sofa, meja belajar, alat pemanas air dan dapur gas bernilai lebih $2,500. 



‘Project Happiness’ merupakan projek pendekatan masyarakat oleh penghuni Rumah Peralihan Jamiyah (Darul Islah), di mana sekumpulan enam penghuni Darul Islah mengambil masa dua minggu untuk membersihkan, mengecat dan memasang perabot baru pada rumah benefisiari terpilih, termasuk mereka yang menyambut perayaan lain seperti Deepavali, Tahun Baru Cina dan Krismas.



Daya usaha tersebut turut mendapat sokongan daripada penderma individu dan korporat yang tampil untuk membawa keceriaan kepada kehidupan Encik Anis sekeluarga yang turut menerima habuan serta juadah Hari Raya.



“Saya sangat gembira dan bersyukur atas pemberian ini semua. Sambutan Hari Raya kami tahun ini lebih lengkap dan kami tidak sabar untuk menyambut bersama keluarga kami,” kata Encik Anis ketika ditemui di rumahnya yang terletak di Telok Blangah Drive. 



Turut hadir semalam bagi menziarahi keluarga Encik Anis bersama penghuni dan kakitangan Darul Islah dan melihat sendiri transformasi rumah tersebut ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Mengulas tentang inisiatif tersebut, Dr Faishal berkata ia berjaya menyatukan pelbagai pihak untuk memberikan sokongan kepada usaha murni tersebut. 



Ia juga sesuatu yang bermakna untuk penghuni Darul Islah yang terlibat kerana ia memberi mereka peluang untuk mengintegrasikan diri kembali ke dalam masyarakat.



“Dan dengan melakukan ini, mereka berpeluang mengembangkan kemahiran mereka, dengan mengetahui bahawa mereka juga dapat menyumbang kembali kepada masyarakat.



“Di samping itu, menerusi usaha ini, mereka juga dapat membawa keceriaan kepada penerima bantuan, sekali gus memberi mereka motivasi untuk kembali mengintegrasikan diri ke dalam masyarakat,” ujar beliau.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >