Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengiktirafan bagi bekas pesalah bantu bekas banduan jalani hidup bebas jenayah

Oct 13, 2019 | 04:32 PM



SETELAH sekian lama bebas dadah dan jenayah, Encik Mohamed Nor Ismail, 49 tahun, dan Cik Kasmawati Kali Ubi, 57 tahun, kini menggunakan pengalaman mereka untuk memberi nasihat kepada bekas banduan yang lain.



Bukan seperti pegawai penjara atau kaunselor profesional yang mungkin tidak mempunyai pengalaman hidup yang serupa, bekas banduan mendapati lebih mudah untuk mendengar nasihat daripada bekas banduan yang lain, kata Encik Mohamed.



Misalnya, Encik Mohamed, yang bebas jenayah setelah dibebaskan dari penjara pada 2001, merupakan sukarelawan aktif di Rumah Peralihah Jamiyah, dan sering mengadakan ceramah motivasi di sana, di samping mengendalikan perniagaan kateringnya. 



Sementara itu, Cik Kasmawati, seorang ahli terapi, menyokong bekas penagih menerusi tugasnya bersama firma kaunseling profesional, Acorn Quest.



Atas sumbangan mereka, Encik Mohamed dan Cik Kasmawati adalah antara 134 penerima anugerah di Majlis Anugerah ‘Riben Kuning Menyambut Peluang Kedua’ pada Sabtu (12 Oktober).



Anugerah itu mengiktiraf bekas pesalah yang bersikap luar biasa dalam pencapaian mereka untuk mengubah kehidupan mereka supaya tidak terjerumus ke gejala jenayah lagi, malah turut menyumbang kepada masyarakat.



Pada majlis itu, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, mengiktiraf pencapaian Encik Mohamed dan Cik Kasmawati, sambil berkata: “Golongan bekas pesalah sering menghadapi cabaran berhubung pekerjaan, kestabilan kewangan dan halangan daripada keluarga, namun (kesemua 134 penerima anugerah yang hadir) telah berjaya mengharungi cabaran itu, bahkan menyumbang pula kepada masyarakat.



"Komitmen dan semangat anda adalah inspirasi kepada orang lain yang masih dalam proses pemulihan mereka," katanya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >