Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pengiktirafan Unesco satu seruan galak, kekal budaya penjaja

Grace Fu: Warga boleh saran makanan lazat kepada satu sama lain, syorkan budaya, sajian kepada pelancong apabila sempadan dibuka
Dec 18, 2020 | 05:30 AM



PENYERTAAN budaya penjaja Singapura dalam Senarai Wakil Unesco Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Yang Tidak Ketara adalah satu seruan bagi warga untuk sama-sama menggalak dan mengekalkan budaya itu, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu.



Ini dapat dilakukan dengan menyarankan makanan lazat kepada satu sama lain, dan mengesyorkan budaya dan sajian penjaja kepada pelancong dari luar negara apabila sempadan antarabangsa kembali dibuka kelak.



"Mereka juga dapat membantu menjaga kebersihan pusat penjaja selepas menggunakannya, kerana kita mahu ia menjadi sesuatu yang kita banggakan, untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan antarabangsa kita," katanya.



Cik Fu menyatakan demikian kepada media setelah mengunjungi Pusat Makanan Ghim Moh semalam, iaitu sehari selepas keputusan tentang penyertaan itu diumumkan lewat kelmarin pada sidang ke-15 Jawatankuasa Antara Pemerintah (IGC) yang diadakan secara maya.



Pengiktirafan Unesco itu bermakna budaya penjaja Singapura akan dilindungi dan dipromosikan kepada warga setempat dan pelawat asing.



Sebelum ini, Kebun Bunga Singapura meraih pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.



Cik Fu, yang kementeriannya menyelia pusat penjaja, berkata pengiktirafan Unesco itu tepat pada masanya memandangkan peranan penting yang dimainkan oleh penjaja dan pusat penjaja selama beberapa bulan lalu.



"Ia tidak tutup sepanjang pandemik ini dan menyediakan makanan yang sangat penting dan juga sedikit sokongan sosial bagi warga Singapura," katanya.



Cik Fu menambah, budaya penjaja, seperti budaya lain, sentiasa perlu berkembang.



"Kita perlu sentiasa melihat jenis makanan baru yang mungkin berkembang, dan kita mahu mempunyai penjaja baru menyertai kita.



"Jadi dalam evolusi ini, kami berharap warga Singapura akan menyokong kami dengan kunjungan mereka dan menyokong kami dalam memberi sokongan emosi kepada penjaja yang melakukan tugas yang sukar tetapi mulia ini," katanya.



Dalam catatan Facebooknya kelmarin, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan terima kasih kepada generasi penjaja kerana 'mengisi perut dan semangat warga negara ini dengan makanan berkhasiat'.



"Pengiktirafan ini tidak akan diperolehi tanpa keringat, usaha dan dedikasi terhadap tugasan sebagai penjaja," tambah beliau.



Bagi meraikan pengiktirafan global itu, pihak berkuasa berkata ia akan melancarkan SG HawkerFest tiga minggu pada 26 Disember.



Festival itu akan membolehkan orang ramai meneroka semula budaya penjaja Singapura dan meluahkan harapan mereka bagi pusat penjaja akan datang di negara ini.



Disebabkan oleh pandemik Covid-19, kegiatan rata-rata akan dijalankan dalam talian.



Antara lain, orang ramai boleh menjawab kuiz dan kemudian menggunakan hadiah yang diberikan untuk menebus baucar yang dapat digunakan di 29 pusat penjaja yang mengambil bahagian.



Festival itu akan berlangsung hingga 11 Januari depan.



Penyertaan lain dalam senarai Unesco itu termasuk kuskus, yang merupakan sajian Berber yang digemari di serata wilayah Maghreb di utara Afrika dan di banyak negara lain.



Turut disenarai ialah pembuatan jam tangan mekanikal Switzerland dan Perancis, satu seni yang diamalkan sejak berabad lalu di wilayah pergunungan Jura yang merintangi kedua-dua negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >