Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengimport kereta SG Vehicles diarah mahkamah henti amalan dagang tidak adil

Apr 19, 2019 | 01:37 PM



SYARIKAT pengimport kereta SG Vehicles dan pengarahnya menerima perintah mahkamah untuk menghentikan amalan perdagangan tidak adil semalam (18 April).



Ini menyusuli langkah Suruhanjaya Persaingan dan Pelanggan Singapura (CCCS) memfailkan permohonan injunksi (amaran) terhadap mereka pada Disember 2017.



Perintah yang berkuat kuasa semalam itu dikenakan selepas syarikat itu menerima banyak aduan daripada pengguna sejak 2015.



Menerusi satu kenyataan hari ini, CCCS berkata SG Vehicles tidak menyangkal siasatan mereka terhadap aduan yang diterima yang membuktikan terdapat amalan perdagangan tidak adil di bawah Akta Perlindungan Pengguna (Dagangan Adil) (CPFTA).



Pengguna antara lain mendakwa SG Vehicles memberikan gambaran yang salah tentang terma dan syarat perjanjian penjualan, terutamanya dari segi tarikh penghantaran kereta yang ditempah serta bidaan bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >