Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penglibatan masyarakat dalam isu kesihatan kritikal semasa waktu sukar: Rahayu

Nov 03, 2021 | 05:30 AM



PERKONGSIAN dan penglibatan masyarakat dalam isu kesihatan masyarakat kekal kritikal sepanjang tempoh yang tidak menentu ini.



Sehubungan itu, dalam menangani hal ini, ia juga memerlukan pendekatan menyeluruh dari setiap peringkat masyarakat.



Demikian menurut Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, semasa berucap di Expo Kesihatan dan Kesejahteraan 2021 anjuran Politeknik Republic (RP) semalam.



Dalam hal ini, RP telah mewujudkan perkongsian yang kukuh bersama pelbagai rakan kongsi kesihatan dan penjagaan masyarakat di sekitar kawasan utara Singapura, menurut Cik Rahayu.



Antaranya termasuk Montfort Care, NTUC Health, Kampus Kesihatan Woodlands, dan Institut Kesihatan Mental (IMH).



"RP secara aktif melibatkan masyarakat dan rakan kongsi industri penjagaan kesihatan untuk mencipta bersama penyelesaian, inovasi dan latihan yang akan menyokong keperluan kesihatan rakyat Singapura sepanjang hayat mereka," kata beliau.



Baru-baru ini, RP telah diiktiraf dengan Anugerah Sahabat Penjagaan Masyarakat 2021 oleh Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), menjadikannya institusi pengajian pertama untuk menerima anugerah itu.



Anugerah tersebut mengiktiraf organisasi yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam menyokong dan mengembangkan sektor penjagaan masyarakat melalui perkongsian inovatif selain yang memberi inspirasi.



RP telah dicalonkan oleh rakan kongsinya, AWWA dan NTUC Health, yang membuktikan perkongsian dan sokongan padunya kepada penyedia penjagaan masyarakat ini.



Sempena ekspo tersebut, RP turut melancarkan Hab Kesihatan dan Kesejahteraan baru yang akan menyediakan sokongan yang lebih kuat kepada rakan kongsi serta masyarakat bagi memacu hasil kesihatan yang lebih baik untuk rakyat Singapura.



Hab ini mempunyai empat ciri utama, termasuk portal dalam talian, makmal kehidupan, peluang untuk penyelidikan dan pembangunan, serta kursus Pendidikan dan Latihan Berterusan RP dalam kesihatan dan kesejahteraan.



Mengulas tentang hab tersebut, Cik Rahayu berkata:



"Penubuhan Hab Kesihatan dan Kesejahteraan akan berguna dalam memperkukuh usaha kami dalam mempromosikan kesihatan dan kesihatan penduduk di sini.



"Kami mahu melihat kesihatan, di luar penjagaan kesihatan, dan bagaimana kami boleh menyokong rakyat Singapura dengan lebih baik dalam membuat pilihan gaya hidup sihat selain menjalani kehidupan yang lebih sihat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >