Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID AL-AMIN

Pengorbanan besar demi peningkatan $1.5 juta

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



INDIVIDU yang menghulurkan bantuan untuk menolong membina rumah Allah dengan berkongsi rezeki atau melalui tenaga juga dianggap sebagai satu pengorbanan buat masyarakat Islam.



Demikian dikongsi Ustaz Sallim Jasman, mantan presiden kanan Mahkamah Syariah.



Ustaz Sallim turut mengalu-alukan umat Islam untuk menyumbang dana pada projek peningkatan Masjid Al-Amin di kawasan Telok Blangah Way yang sudah terbina 30 tahun lamanya.



Masjid Al-Amin sedang berusaha mengumpulkan baki dana sebanyak $1.5 juta bagi projek peningkatan.



Ustaz Sallim menambah bahawa Masjid Al-Amin telah menganjurkan pelbagai kelas dan kegiatan yang berfaedah buat masyarakat dan beliau percaya dengan kerja peningkatan masjid, ia dapat memanfaatkan lagi masyarakat pada masa depan.



Malah, keadaan pandemik Covid-19 tidak menghalang pihak masjid untuk terus menyebarkan ilmu pada masyarakat.



"Dalam keadaan Covid-19 ini, Masjid Al-Amin terus mempergiatkan lagi program-program kuliah dan aktiviti agama melalui wadah lain seperti online atau menerusi risalah-risalah kecil yang dibahagikan kepada masyarakat," kata Ustaz Sallim.



Ustaz Sallim, yang mula menyampaikan dakwah dan kuliah di masjid-masjid setempat sejak tahun 1970-an, sendiri mempunyai pelbagai kenangan manis bersama Masjid Al-Amin.



Beliau pernah tinggal di Depot Road di kawasan Telok Blangah dan kerap menyampaikan ceramah di Masjid Al-Amin.



Hingga hari ini, beliau masih menjalin hubungan baik dengan kakitangan Masjid Al-Amin yang kadang-kala mengundang beliau untuk memberikan ceramah.



Menurut Ketua Unit Operasi Masjid Al-Amin, Ustaz Nassharudin Abdul Rahman, kerja-kerja peningkatan masjid dijangka bermula sekitar suku ketiga hingga keempat tahun ini iaitu sekitar Oktober hingga November 2021.



Memandangkan bangunan masjid sudah dibangunkan pada 1991, pelbagai kawasan prasarana masjid perlu diperbaiki.



Antara kerja-kerja peningkatan yang perlu dibaiki adalah bumbung masjid yang usang dan sering kebocoran, lantas sangat kritikal untuk menjalani pembaikan keseluruhannya; menukar dan memperbaiki seluruh sistem tenaga elektrik dan mekanikal masjid.



Meningkatkan dewan solat masjid termasuk peningkatan mihrab, penukaran permaidani, kipas angin, lampu LED, sistem audio visual, CCTV, ruangan tetamu dan bilik khas untuk imam dan khatib menyalin pakaian dan bertemu jemaah.



Mengubahsuai dewan serbaguna masjid; membangun sebuah bilik kaunseling dan ruangan keluarga; menambah ruang kelas untuk pembelajaran agama; mengadakan ruang mini muzium, galeri sejarah masjid dan tamadun Islam; mengecat seluruh bangunan masjid dan perkara-perkara lain.



Mengulas tentang perkembangan projek peningkatan Masjid Al-Amin kini, Ustaz Nassharudin berkata:



"Perbincangan dan rancangan peningkatan Masjid Al-Amin sudah bermula dan berjalan dengan lancar. Sekarang ini, masih di peringkat awal di mana pihak konsultan seperti arkitek, pihak konsultan mekanikal dan elektrikal serta juru ukur, 'quantity surveyor', sudah pun dilantik dan dalam lakaran pelan peningkatan."



Lantaran itu, Ustaz Nassharudin berharap agar masyarakat dapat terus memberi sokongan kepada Masjid Al-Amin.




CARA MENYUMBANG



Cara beri sumbangan



- Pemindahan wang ke akaun semasa DBS dengan nombor 012-009859-6



- PayNow UEN No: S91MQ0008B001



- Derma secara langsung ke masjid (waktu pejabat)



- Cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Al-Amin



- Derma dalam talian: https://linktr.ee/masjidalamin




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >