Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN - ANUGERAH PENYOKONG NS

Pengorbanan isteri Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara

Mar 26, 2022 | 06:25 AM



Sebanyak 148 Anugerah Penyokong Perkhidmatan Negara (NS) telah diberikan kepada 83 syarikat kecil dan sederhana (SME), 15 syarikat besar, 37 pertubuhan dan 13 individu dalam majlis penyampaian Anugerah Pertahanan Mutlak 2021 Rabu lalu, selepas ia ditangguh tahun lalu ekoran Covid-19. Anugerah Penyokong NS itu adalah anugerah taraf tertinggi bagi menghargai sokongan syarikat, pertubuhan dan individu terhadap Pertahanan Mutlak. BERITA HARIAN, mengetengahkan dua penerima anugerah berkenaan yang merupakan seorang isteri yang berkorban masanya supaya suaminya dapat menjalani Kerahan Perkhidmatan Negara dan pihak sekolah yang menawarkan pembelajaran Pendidikan Nasional secara holisitik kepada pelajar.



SETIAP tahun sepanjang dua minggu, adalah lumrah bagi ramai isteri warga Singapura yang perlu membuat pengorbanan.



Mereka perlu mengorbankan masa dan membuat aturan khusus buat keluarga apabila suami masing-masing dikerah menjalani Latihan Dalam Kem (ICT) sebagai Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSman).



Begitu yang perlu dilalui Cik Nurmuzainah Othman, 33 tahun, apabila suaminya perlu menjalani ICT hujung tahun lalu.



Ketika itu, beliau perlu membuat aturan dalam penjagaan ibu mentuanya yang menghidap penyakit kronik disebabkan kencing manis dan tinggal bersendirian.



Cik Nurmuzainah yang tinggal berdekatan ibu mentuanya di Bukit Merah berkata beliau ditugaskan berkunjung ke rumah ibu mentua secara kerap.



Di samping itu, beliau juga perlu mengaturkan janji temu dengan doktor semasa suaminya, Encik Abu Huzaifah Masnin, 32 tahun, kembali berkhidmat kepada negara sebagai kerani Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).



Bagi menghargai pengorbanannya serta minatnya dalam Pertahanan Mutlak, suaminya telah mencalonkan beliau untuk menerima Anugerah Penyokong NS 2021.



Beliau merupakan antara 13 individu yang dinobat anugerah berkenaan dalam satu majlis di Temasek Club, Rifle Range Road, Bukit Timah, Rabu lalu, selepas majlis itu digantung tahun lalu ekoran Covid-19.



"Meskipun sudah sekitar empat kali, tahun demi tahun saya bantu suami menjaga ibunya. Tahun lalu agak lain sebab beliau didiagnos kehilangan pendengaran," kata Cik Nurmuzainah yang bekerja dalam jabatan aliran kerja dan pengawal dokumen di Woodlands Health.



"Disebabkan itu, saya perlu menemaninya ke hospital bagi menerima rawatan dan juga rawatan bagi penyakit kroniknya kerana beliau tidak boleh lakukannya seorang," jelas Cik Nurmuzainah.



Selain pengorbanannya, Cik Nurmuzainah turut minat dalam bidang Pertahanan Mutlak.



Minatnya berputik selepas menghadiri Perbarisan Tamat Latihan (POP) adiknya sekitar lapan tahun lalu dalam SCDF.



Dari situ, Cik Nurmuzainah mendapat inspirasi menyertai kursus Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) iaitu bantuan pernafasan kecemasan selain kemahiran Defibrilator Luaran Automatik (AED) khusus untuk jantung.



Kursus itu ditawar di tempat kerjanya. Pada ketika itu beliau bertugas sebagai pentadbir kejururawatan di Hospital Besar Ng Teng Fong.



Malah, beliau turut mengajak teman rapat menyertainya kerana menyifatkan ia sebagai satu kemahiran yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.



"Sebab saya bekerja dalam hospital, saya kira, kemahiran ini sesuatu yang baik diperolehi kerana saya boleh membantu dalam keadaan cemas.



"Pada masa yang sama, setiap blok HDB (Lembaga Perumahan dan Pembangunan) dilengkapi AED di kolong blok sekarang. Jadi dengan kemahiran sebegini, saya kira setiap warga Singapura memainkan peranan dalam Pertahanan Mutlak," tambah Cik Nurmuzainah.



Sehingga kini, beliau belum pernah menghadapi situasi yang memerlukan beliau menggunakan kemahiran dan ilmu yang ditimba itu.



Namun beliau tetap bersedia menawarkan bantuan jika perlu.



Malah beliau akan menyertai kursus di Woodlands Health tidak lama lagi bagi memperbaharui sijil CPR dan AED yang tamat tempoh.



Dalam masa yang sama beliau menetapkan matlamat menyertai rangkaian Responder SGSecure.



Rangkaian tersebut yang dilancarkan Januari lalu bermatlamat membina bilangan responder masyarakat yang boleh dikerahkan untuk membantu masyarakat menangani keadaan semasa krisis menerusi pelbagai cara.



"Saya terharu dan tidak menjangka menerima Anugerah Pertahanan Mutlak ini," kata Cik Nurmuzainah ketika ditemui.



"Bagi saya anugerah ini adalah satu cara untuk mempertingkat kesedaran semua warga di sini bahawa mereka memainkan peranan dalam mempertahankan Singapura dalam pelbagai cara.



"Ia juga meraikan pengorbanan isteri yang membolehkan suami mereka menjalankan tanggungjawab kepada negara."




"Bagi saya anugerah ini adalah satu cara untuk mempertingkat kesedaran semua warga di sini bahawa mereka memainkan peranan dalam mempertahankan Singapura dalam pelbagai cara.

Ia juga meraikan pengorbanan isteri yang membolehkan suami mereka menjalankan tanggungjawab kepada negara."

- Cik Nurmuzainah Othman




"Matlamat kami adalah menawarkan program NE yang menyeluruh...

Ini supaya pelajar dapat menghargai cara hidup sebagai anggota masyarakat di negara ini, di mana mereka sedar terhadap kepelbagaian budaya dan tanggungjawab mereka sebagai rakyat sebuah negara."

- Ketua Subjek Ilmu Kemanusiaan dan Pendidikan Nasional (NE), Sekolah Menengah Evergreen, Cik Siti Mariam Muhammad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >