Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengorbanan kakak demi adik

Jadi ayah, ibu dan penjaga adik perempuan yang hidapi penyakit mental dan pelbagai sakit kronik
Aug 11, 2019 | 05:30 AM



BELIAULAH kakak. Beliaulah ibu. Beliau jugalah ayah.



Sejak bergelar yatim piatu, Cik Manisah Arshad, 56 tahun, tidak putus-putus menjadi tempat berlindung buat adiknya, Cik Mahani Arshad, 54 tahun, yang bukan sahaja mengalami keadaan mental skizofrenia, tetapi menghidap kencing manis, darah tinggi, masalah kolesterol, dan juga tuberkulosis.



Cik Mahani juga diserang strok yang membuat bahagian tubuh kanan beliau menjadi lemah.



Meskipun sudah mendirikan rumah tangga dan menjadi ibu dua anak, Cik Manisah membawa satu-satu adik perempuannya itu agar tinggal sebumbung dengannya.



Walaupun sudah lebih 30 tahun berlalu sejak kali pertama Cik Mahani diserang gangguan mental, Cik Manisah tidak lelah mencurahkan kasih sayang kepada adiknya.



Itulah satu pengorbanan besar buatnya yang menjadi iktibar di Hari Raya Aidiladha yang diraikan masyarakat Islam di Singapura, hari ini.



"Saya akan jaga dia sampai bila-bila, hingga akhir hayatnya selagi saya berdaya. Ini tanggungjawab saya sebagai kakak sulung. Dia pun tak ada keluarga...nak tumpang kasih dengan siapa?" ujar kakak sulung dalam keluarga tiga beradik yang berhenti pekerjaan sebagai pekerja pembersihan demi memberi tumpuan kepada kebajikan adiknya.



Bukan sahaja perlu menjaga makan pakaian adiknya, Cik Manisah memastikan adiknya makan perubatan yang perlu diambil setiap hari, meskipun dirinya sendiri mengalami sakit kencing manis.



Dalam pada itu, Cik Manisah akan memimpin adiknya yang bertongkat turun naik hospital, dan kadangkala menolaknya di kerusi roda.



Bukan sahaja tenaga fizikal dicurahkan, Cik Manisah juga peka dengan perasaan adiknya yang sensitif supaya gangguan mentalnya tidak kambuh.



"Beliau pernah menjerit kuat jam dua pagi tiga pagi... pernah juga pintu rumah terkunci, dia keluar daripada tingkap, dan saya pergi cari dia sampai takungan air," kongsinya.



Tatkala ditemui Berita Minggu, Cik Manisah tidak dapat menahan sebak berkongsi cabaran hidupnya.



"Kadang-kadang saya keluar pergi satu tempat, saya nangis puas-puas. Bila dah habis, baru saya balik," kata suri rumah itu.



Selain mengurus adiknya, Cik Manisah sebelum ini juga perlu turun naik sekolah anak sulungnya yang dikenal pasti mempunyai tahap kecerdasan (IQ) rendah. Anaknya sering dijadikan bahan buli dan keadaan itu sering mendatangkan kerisauan kepada Cik Manisah.



Namun, wanita cekal itu lega kerana anaknya yang berusia 27 tahun itu kini dapat mengurus diri dan walaupun hanya bekerja sebagai pekerja pembersihan, ringan tangan membantu melakukan kerja rumah.



Kehidupan Cik Manisah serba sederhana, dengan suaminya bekerja di kilang. Namun, beliau tidak merungut tentang keadaan kewangannya, malah berkata ia lebih dari cukup.



"Dari kecil saya belajar agar berjimat cermat. Hari-hari saya bangun dalam 3.45 pagi untuk memasak sebab anak-anak dan suami bawa bekal. Kalau dapat duit, jangan ambil semua. Contohnya kita ambil 50 sen, baki 50 sen kita sedekahkan. Jangan lokek," tambahnya.



Cik Manisah berkata bahawa adiknya jugalah teman karibnya. Mereka malah kerap keluar berjalan-jalan demi hiburkan hati.



"Kalau dia tak ada, terngiang-ngiang suaranya menyebut nama saya. Tak ada manusia yang tiada ujian. Justeru, kita jangan pendam. Perlu rajin bertanya, insya-Allah orang lain akan beri panduan," ujarnya.



LAPORAN LANJUT:



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >