Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengorbanan Melayu / Islam S'pura tunjuk hasil, kata PM Lee

May 16, 2020 | 11:29 PM



USAHA bersama masyarakat Melayu / Islam di Singapura untuk berkorban dan mematuhi larangan pemutus litar telah menunjukkan hasil, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



"Kepada semua yang berkorban untuk menjaga keselamatan keluarga serta orang-orang yang disayangi dalam jangka masa ini, anda tidak sendirian. Bersama-sama, usaha kolektif kita semakin membuahkan hasil,” kata Encik Lee, menulis di Facebook pada Sabtu (16 Mei).



Menurut Encik Lee, beliau telah mengadakan dialog dalam talian dengan pemimpin Melayu / Islam dan ketua masyarakat dan antara lain pada Sabtu. Antara lain, mereka berbincang mengenai cara keluarga menyesuaikan diri dengan larangan pemutus litar.





“Kita mungkin menyambut Hari Raya secara berbeza tahun ini, tetapi ia tidak mengubah betapa pentingnya bulan suci ini. Ia adalah masa untuk kita menilai semula diri kita dan melakukan kerja-kerja amal. Itu sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh wabak ini. Saya harap Ramadan anda terus diberkati, dan semoga keluarga anda sihat selalu,” kata Encik Lee.



Masjid-masjid di Singapura terus ditutup pada Ramadan ini, dengan masyarakat Melayu / Islam digalak melakukan solat terawih di rumah dan elak berbuka puasa dengan keluarga besar. 



Bazar Raya yang biasanya diadakan pada bulan ini juga telah dibatalkan.



Bilangan kes Covid-19 baru yang melibatkan warga Singapura kian merosot kebelakangan ini.



Empat daripada 465 kes baru pada Sabtu melibatkan warga atau penduduk tetap, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Tempoh pemutus litar di Singapura bermula pada 7 April dan dijadual berakhir pada 1 Jun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >