Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penguasa penerbangan SG dan UK bentuk kerjasama keselamatan Covid-19

Jan 18, 2022 | 05:30 AM



PENGUASA Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Penguasa Penerbangan Awam United Kingdom (UK CAA) telah membentuk sebuah Kumpulan Kerja Pemulihan Keselamatan Covid-19 bersama untuk mengkaji isu berkaitan kecekapan dan kesihatan mental juruterbang serta kakitangan penerbangan lain, kelayakan udara pesawat yang diterbangkan semula, budaya keselamatan dan keberkesanan sistem pengurusan keselamatan.



Itu antara keutamaan lain yang dibincangkan semasa mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu Penerbangan Dua Hala Singapura-UK pada 11 Januari lalu, kata CAAS dan UK CAA dalam satu kenyataan media bersama semalam.



Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Ketua Pengarah CAAS, Encik Han Kok Juan, dan Ketua Pegawai Eksekutif UK CAA, Encik Richard Moriarty.



CAAS dan UK CAA juga bertukar-tukar pandangan berkenaan inisiatif menyahkarbonkan sektor penerbangan dan bersetuju berkongsi pengetahuan lanjut mengenai teknologi hijau yang muncul serta pilihan orang ramai.



Singapura dan UK anggota Kumpulan Duta Bahan Api Penerbangan Mampan Clean Skies for Tomorrow (CST), sebuah inisiatif yang menyediakan mekanisme global bagi eksekutif tertinggi dan pemimpin awam menyelaraskan peralihan kepada bahan api penerbangan mampan.



Kumpulan Duta sebelum ini melancarkan Kit Dasar Bahan Api Penerbangan Mampan yang menyediakan pilihan untuk membantu penggubal dasar di seluruh dunia mengembangkan bekalan bahan api mampan, merangsang permintaan bagi hal tersebut dan membolehkan ekosistem bahan api mampan baik.



"CAAS dan UK CAA berkongsi keutamaan bersama sedang kami membantu sektor penerbangan kami pulih daripada pandemik Covid-19.



"UK mendahului Singapura dalam pemulihan perjalanan udara - trafik penumpang di UK telah meningkat kepada 50 peratus daripada tahap pra-Covid, berbanding 15 peratus di Singapura.



"Pengalaman UK menguruskan lonjakan trafik menyediakan pembelajaran berguna kerana CAAS bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan kesatuan sekerja Singapura untuk memastikan kapasiti yang mencukupi dan menjamin keselamatan untuk menyokong pemulihan," kata Encik Han.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >