Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penguasaan baik Bahasa Melayu dorong pelajar dalami subjek di RI

Sekolah terima kumpulan pertama pelajar sedemikian bawah skim Kemasukan Langsung Sekolah
Aug 29, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN terdapat pelajar yang mungkin terkial-kial dengan bahasa ibunda sendiri, ada juga pelajar yang menunjukkan penguasaan Bahasa Melayu yang amat baik dan mendorong mereka memohon menyertai Kemasukan Langsung Sekolah (DSA) bagi mendalami bahasa Melayu di sekolah menengah.



Antara sekolah itu ialah Institusi Raffles (RI) yang menerima penyertaan yang cukup memberangsangkan bagi DSA tahun ini daripada pelajar yang ingin terus mendalami Bahasa Melayu di sekolah itu, kata guru kanan Bahasa Melayu di RI, Cikgu Sazali Sahri.



Tahun ini merupakan tahun pertama RI menawarkan Bahasa Melayu sebagai antara bidang bakat di bawah DSA.



Ia merupakan sekolah kesepuluh di sini yang menawarkan DSA demikian bersama-sama sekolah lain seperti Sekolah Menengah Tanjong Katong, Sekolah Menengah Anderson dan Sekolah Menengah Mayflower.



RI juga merupakan sekolah ketiga yang menawarkan DSA Bahasa Melayu bagi pelajar yang ingin mengikuti laluan Program Bersepadu (IP) di samping Sekolah Perempuan Raffles dan Sekolah Perempuan Cina Singapura.



Menurut Cikgu Sazali, 56 tahun, pihaknya menerima permohonan pelajar daripada pelbagai sekolah rendah kejiranan dengan kebanyakan merupakan pelajar yang mengambil Bahasa Melayu Lanjutan.



"Mungkin sebelum ini ada yang berpendapat sukar memasuki sekolah ini tetapi dengan adanya laluan DSA ini, ia membuka satu lagi peluang kepada mereka terutama kepada pelajar yang mahir dan mempunyai minat yang mendalam dalam bahasa Melayu," katanya.



Pada peringkat pertama saringan, pelajar telah diuji dalam bidang penulisan untuk melihat penguasaan mereka dalam bahasa tersebut.



Pelajar yang terpilih kemudian akan diundang untuk sesi temu duga untuk mengetahui lebih lanjut minat mereka terhadap bahasa ibunda itu selain memastikan pelajar mempunyai perwatakan yang baik.



Buat masa ini, sesi temu duga DSA masih lagi berlangsung dan mengikut laman web Kementerian Pendidikan (MOE), pelajar akan mengetahui sama ada mereka diterima masuk sekolah yang mereka pilih ataupun tidak menjelang 12 September ini.



Pelajar yang dipilih dan memasuki RI tahun depan secara automatik akan mengambil Bahasa Melayu Lanjutan pada tahun pertama dan ditempatkan dalam Program Elektif dalam Bahasa Melayu bagi Sekolah Menengah (Emas).



Emas merupakan program empat tahun dari menengah satu hingga empat, yang menawarkan peluang pelajar bertutur dan menggunakan bahasa Melayu dalam sekitaran yang menggalakkan penggunaan eksklusif bahasa itu.



Pelajar akan mengikuti pelbagai kegiatan bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan sekali gus mempertingkat penguasaan dan penghargaan terhadap bahasa dan budaya Melayu.



MOE juga telah menetapkan RI sebagai pusat keempat Emas mulai 2023.



Menurut MOE, peluasan Emas di RI meningkatkan akses program itu selain menawarkan lebih ramai pelajar dengan peluang mempelajari bahasa dan budaya Melayu dengan lebih mendalam.



Penolong Ketua Jabatan, Cikgu Norhafizah Madbi, 33 tahun, berkata sebagai pusat Emas keempat, RI akan memberi tumpuan kepada aspek kepimpinan.



Tumpuan pusat Emas yang lain termasuk aspek penulisan, kebudayaan dan drama.



"Kami mahukan pelajar bukan sahaja mempelajari tentang sesuatu aspek kebudayaan misalnya, tetapi juga menelaah, mengkaji dan mengongsi ilmu yang diraih kepada masyarakat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >