Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penguatkuasaan langkah pengurusan selamat di Chinatown dipertingkat

Jan 29, 2022 | 05:30 AM



PENGUATKUASAAN langkah pengurusan selamat di sekitar Chinatown, taman-taman serta kedai-kedai makanan dan minuman akan dipertingkat sepanjang tempoh Tahun Baru Cina di tengah-tengah gelombang jangkitan Covid-19 yang disebabkan oleh varian Omicron.



Beberapa agensi akan meningkatkan pemeriksaan merentas sektor makanan dan minuman, termasuk ke atas pertubuhan hiburan malam, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) semalam.



Ia berkata: "Duta jarak selamat dan pegawai penguatkuasa akan terus dikerahkan setiap hari semasa musim perayaan untuk menguatkuasakan langkah pengurusan selamat di pelbagai premis dan ruang awam, termasuk pada waktu sibuk, hujung minggu dan di tempat yang sering dikunjungi orang ramai."



Ia menambah bahawa duta telah dikerahkan di pasar dan pusat penjaja di Chinatown Complex dan mereka akan menghalang kemasukan ke pasar jika ia mencapai kapasiti 300 orang.



MSE berkata, semua tapak perkhemahan dan tempat barbeku di taman yang diuruskan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) akan kekal ditutup.



NParks akan menutup sementara akses ke beberapa kawasan di taman - seperti rumput, gelanggang keras, tempat berteduh dan tempat letak kereta - apabila kawasan itu menjadi terlalu sesak atau di mana orang ramai tidak mematuhi langkah pengurusan selamat, tambah MSE.



Dalam tempoh ini, warga emas, terutama yang tidak divaksin, tidak seharusnya mengunjungi pasar dan harus meminta ahli keluarga atau rakan-rakan yang lebih muda untuk membantu mereka membeli makanan dan keperluan, kata kementerian itu.



MSE menambah: "Sedang kami memahami tempoh perayaan ini adalah masa untuk bertemu semula dengan orang-orang tersayang, terdapat keperluan yang kuat untuk berhati-hati di tengah-tengah jangkitan Omicron yang semakin meningkat. Marilah kita terus bertanggungjawab secara sosial dan mematuhi langkah-langkah yang sedia ada.



"Ini akan membolehkan semua orang menikmati perayaan dengan selamat dan membantu Singapura mengharungi gelombang Omicron."



Dalam kemas kini mengenai penguatkuasaan langkah pengurusan selamat bulan ini, MSE berkata 27 perniagaan, termasuk kedai makanan dan minuman, hotel dan pusat beli-belah, telah diarah tutup.



Salah satu daripadanya, Candy K-Bar, kedai makanan dan minuman di Somerset, diarah tutup selama 20 hari kerana membiarkan perhimpunan sosial melebihi saiz kumpulan yang dibenarkan, penjualan dan pengambilan alkohol melebihi 10.30 malam dan menyediakan sistem KTV dan permainan baling damak (dart) kepada pelanggan.



Ia berkata: "Pelanggan - yang merupakan rakan sekerja di pertubuhan lain - kemudiannya diuji positif Covid-19 dan menjangkiti sekurang-kurangnya 10 rakan sekerja lain yang tidak menghadiri perhimpunan sosial itu. Siasatan lanjut sedang dijalankan."



MSE menambah bahawa 29 lagi perniagaan dan 341 orang telah didenda atas pelbagai pelanggaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >