Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penguatkuasaan langkah selamat premis F&B dipertingkat

Dec 19, 2020 | 05:30 AM



BERMULA hujung minggu ini, agensi pemerintah akan meningkatkan pemeriksaan penguatkuasaan ke atas gerai makanan dan minuman (F&B) untuk memastikan mereka mematuhi langkah selamat, menurut Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE).



Dalam kenyataannya semalam, ia berkata:



"Walaupun kami memahami ramai yang ingin berjumpa keluarga dan rakan pada musim perayaan ini ataupun ingin mengunjungi tempat popular seperti Orchard Road, cawangan F&B dan masyarakat umum harus terus mengambil serius Langkah Pengurusan Selamat (SMM) kerana makan di luar adalah aktiviti yang melibatkan risiko besar."



Pasukan penguatkuasaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ada yang melanggar peraturan, tambahnya.



Di bawah Peraturan Covid-19 2020 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan), perhimpunan sosial lebih lima orang yang tidak tinggal serumah dilarang dalam fasa dua pembukaan semula ekonomi Singapura.



Cawangan F&B tidak dibenarkan menerima tempahan daripada kumpulan lebih lima orang, walaupun kumpulan itu dibahagi kepada beberapa meja.



Pergaulan antara meja juga tidak dibenarkan.



Selain itu, minuman alkohol tidak boleh dijual atau diminum di premis F&B selepas 10.30 malam.



MSE menekankan kepada cawangan F&B serta pelanggan bahawa peraturan mengenai lima orang sekumpulan masih dikuatkuasa sehingga Fasa Tiga yang bermula 28 Disember.



Dalam pada itu, MSE mengingatkan masyarakat umum bahawa pandemik Covid-19 masih satu ancaman besar dan orang ramai harus sentiasa berwaspada walaupun ketika musim perayaan ini.



Pemerintah tidak akan teragak-agak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali dan individu yang meremehkan peraturan SMM.



Pengendali dan individu yang didapati bersalah akan menghadapi denda dan kedai F&B berkenaan boleh diarah untuk tutup sementara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >