Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pengukuhan dolar S'pura tidak beri kesan negatif kepada eksport negara

May 10, 2022 | 05:30 AM



PENGUKUHAN dolar Singapura (Singdollar) dijangka tidak memberi kesan negatif yang ketara kepada eksport Singapura, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan semalam.



Menjawab soalan Encik Desmond Choo (GRC Tampines) di Parlimen mengenai kesan kemungkinan pengukuhan Singdollar terhadap eksport, Encik Tan berkata pertumbuhan eksport domestik bukan minyak Singapura kekal kukuh pada suku pertama 2022.



"Eksport Singapura terutamanya bergantung kepada permintaan dan bukannya kadar pertukaran kami," kata Encik Tan, sambil menambah tinjauan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Singapura mengenai jangkaan perniagaan menunjukkan bahawa kadar pertukaran dolar Singapura bukanlah faktor utama yang menjejas pesanan eksport firma pengilangan.



"Eksport Singapura secara amnya ialah produk dan perkhidmatan bernilai tambah yang tinggi, di mana permintaan kurang sensitif terhadap harga, dan oleh itu perubahan kadar pertukaran," katanya.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah mengetatkan dasar sebanyak tiga kali sejak Oktober 2021, sekali gus mengukuhkan dolar Singapura.



Pengukuhan sedemikian diperlukan untuk meredakan inflasi dan membantu mengekalkan kuasa beli perniagaan dan isi rumah, kata Encik Tan, sambil berkata ini membantu mengurangkan kos input yang dihadapi industri eksport Singapura.



Menjawab soalan lanjut tentang bagaimana pengukuhan Singdollar akan menjejas ramalan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura, Encik Tan berkata pendirian dasar kewangan MAS adalah konsisten dengan pertumbuhan dalam julat ramalan rasmi 3 hingga 5 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >