Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengunaan enjin penterjemah pemerintah diperluas akhir tahun

SG Translate guna data daripada bahan komunikasi pemerintah, boleh terjemah ayat unik bagi Singapura
Jan 16, 2021 | 05:30 AM



PENGGUNAAN enjin penterjemah pemerintah yang dikuasai kecerdasan buatan (AI) akan diperluas kepada semua agensi pemerintah, penterjemah profesional dan media akhir tahun ini.



Enjin tersebut, yang dinamakan SG Translate, 'dilatih' menggunakan data yang diambil daripada bahan komunikasi pemerintah dan berupaya menterjemah ayat tertentu yang unik bagi Singapura, seperti 'MediSave' dan 'Generasi Perintis', kepada empat bahasa utama di sini - Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil.



Dibangunkan bersama oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star), SG Translate dilancarkan pada 2019 untuk penggunaan agensi pemerintah.



Dengan penggunaan lebih meluas akhir tahun ini, model AI yang digunakan boleh 'dilatih' dengan lanjut dan akan memperbaiki ketepatan enjin penterjemah tersebut.



Menyentuh tentang perkara itu dalam satu sesi perbincangan bersama media semalam, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Cik Sim Ann, berkata jumlah bahan yang perlu diterjemah oleh pemerintah semakin meningkat tahun demi tahun.



"Secara purata, sebanyak 550 tugasan perlu diterjemah, dengan sebanyak 312,000 perkataan setiap bulan. Ini sama seperti (jumlah perkataan) dalam beberapa novel secara keseluruhan.



"Jadi, ia memang sentiasa banyak, dan dalam keadaan ini, persoalannya ialah apakah cara kita boleh memastikan terjemahan itu sentiasa betul," kata beliau.



Enjin AI tersebut membantu pengguna mendapatkan salinan terjemahan pertama dalam empat bahasa utama itu.



"Namun, ia kemudian perlu disemak dan diperhalusi oleh penterjemah atau pegawai. Ini dapat membantu kami apabila perlu menterjemah jumlah bahan yang banyak dalam masa singkat," ujar Cik Sim.



Beliau menambah bahawa krisis koronavirus Covid-19 menekankan lagi pentingnya keupayaan menterjemah bahan yang banyak dengan pantas dan tepat, dan tanpa SG Translate, mesej yang dihantar Gov.sg setiap hari dalam empat bahasa utama tidak mungkin dapat dilakukan.



"Saya rasa kami baru mula menguji keupayaan melakukan perkara tersebut, dari segi mengeluarkan maklumat dalam empat bahasa tetapi dalam tempoh singkat yang ditetapkan," katanya.



MCI juga telah mempertingkat usaha memastikan pegawai dalam setiap agensi pemerintah yang mengeluarkan bahan komunikasi memahami pentingnya memastikan terjemahan betul dan juga antara kesilapan yang boleh dielakkan, kata Cik Sim.



Ia juga sedang berusaha meningkatkan pengetahuan penterjemahan asas dalam kalangan pegawai pemerintah, contohnya cara penggunaan sofwe yang tidak sesuai boleh menterjemahkan bahasa Inggeris kepada teks yang kelihatan seperti bahasa Tamil tetapi sebenarnya bukan.



"Orang ramai perlu sedar tentang perkara ini, baru mereka boleh tahu apa yang perlu dipantau apabila bekerjasama dengan orang luar (dalam menterjemah)," kata Cik Sim.



Pada 2017, penganjur Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) meminta maaf selepas kesilapan ditemui pada bahasa Tamil yang tertulis pada risalah acara tersebut, yang diedar kepada pelajar darjah lima.



Ayat dalam bahasa Tamil itu, yang sepatutnya bermaksud "Ayuh bersatu sebagai sebuah negara", tidak mempunyai sebarang makna apabila terdapat beberapa huruf terbalik.



Menyentuh tentang perkara itu dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata terjemahan dalam bahasa Tamil yang tertulis pada awalnya sebenarnya betul, tetapi kesilapan dilakukan oleh pihak yang mencetak risalah tersebut.




CABARAN PASTIKAN TERJEMAHAN BETUL



"Secara purata, sebanyak 550 tugasan perlu diterjemah, dengan sebanyak 312,000 perkataan setiap bulan. Ini sama seperti (jumlah perkataan) dalam beberapa novel secara keseluruhan.

Jadi, ia memang sentiasa banyak, dan dalam keadaan ini, persoalannya ialah apakah cara kita boleh memastikan terjemahan itu sentiasa betul."

- Cik Sim Ann, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >