Pengundi dapat tahu keputusan awal berdasar kiraan sampel

NUR ADILAH MAHBOB

JABATAN Pilihan Raya (ELD) buat julung-julung kalinya akan mengeluarkan keputusan awal pillihan raya yang dilakukan berdasarkan pengiraan sampel bagi setiap pusat mengundi.

Keputusan awal itu akan dikeluarkan di peringkat awal pengiraan undi.

Namun, keputusan itu bukan keputusan muktamad dan pengundi masih perlu menunggu pengumuman rasmi Pegawai Pilihan Raya.

Langkah mengeluarkan keputusan awal itu bertujuan mengelakkan spekulasi daripada sumber tidak rasmi sedang proses pengiraan masih berjalan.

Pengiraan sampel itu akan dikeluarkan kepada media dan di laman ELD.