Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAMADAN

Pengunjung bazar Raya diharap jadi sumber rezeki peniaga Tanjong Katong Complex

Sentimen serupa diluah peniaga Kampong Glam
Mar 29, 2022 | 05:30 AM



PENIAGA di pusat beli-belah Tanjong Katong Complex (TKC) mengalu-alukan kemunculan semula bazar Hari Raya di Wisma Geylang Serai (WGS) dan juga pelonggaran langkah pengurusan selamat Covid-19 yang diumumkan baru-baru ini, dengan mereka menjangkakan orang ramai akan kembali untuk merancakkan suasana di Geylang Serai semasa Ramadan ini.



Sentimen serupa turut dirasakan di kawasan Kampong Glam, di mana rangka khemah bagi bazar Walk Thru Souq di Kandahar Street dilihat sedang dipasang apabila Berita Harian (BH) mengunjungi kawasan itu semalam.



Malah, peniaga di TKC dan juga kawasan Kampong Glam berkata jumlah pengunjung ke kedua-dua kawasan itu kelihatan sudah bertambah pada hujung minggu lalu, dengan kebanyakannya mula mendapatkan barang keperluan Ramadan dan Hari Raya mereka.



Eksekutif pengurusan bagi Second Chance, Golden Chance dan First Lady, Encik Azlan Mohd Shafie, berkata dengan kemunculan semula bazar dan pelonggaran langkah pengurusan selamat, ia akan "secara automatik" menarik orang ramai datang ke Geylang Serai semasa bulan puasa ini.



"Perkembangan terkini membuat orang ramai rasa lebih positif untuk keluar rumah," kata beliau.



Mulai hari ini, saiz kumpulan bagi perhimpunan sosial dinaikkan daripada lima ke 10 orang bagi kegiatan di mana pelitup dibuka. Isi rumah pula dapat menerima hingga 10 tetamu berbeza pada satu-satu masa, naik daripada lima sebelum ini.



Sementara itu, kumpulan hingga 10 orang yang telah divaksin penuh boleh menjamu selera bersama di luar, termasuk di pusat penjaja dan kedai kopi.



Cik Lubna Bamadhaj dari kedai pakaian Bamadhaj Brothers di TKC berkata beliau rasa ghairah kerana sudah dua tahun sambutan Ramadan dan Hari Raya kurang bersemangat dan berlalu seperti biasa.



"Tahun ini, kita harapkan bukan saja dari segi perniagaan yang rancak, namun juga semangat Ramadan dan Syawal yang lebih ceria. Orang pun sudah rasa bersemangat untuk berbelanja dan jalan-jalan Hari Raya nanti," kata beliau.



Sebagai persiapan untuk Ramadan dan Hari Raya yang bakal menjelang, The Istana Ballroom di TKC mengadakan jualan Istana Kuih, di mana orang ramai boleh memilih dan mendapatkan hingga 500 jenis kuih, kek dan makanan.



Encik Syah Ibrahim, ketua pegawai eksekutif Orange Events and Media, yang memiliki ruang tersebut, berkata:



"Tahun lalu, kita adakan acara ini sebagai percubaan. Namun, tahun ini, kita mulakan jualan pra-Ramadan, dan ada kuih yang popular dalam kalangan pelanggan sudah pun habis dijual."



Pengurus kedai Siti Rugaiyah Collection, Encik Abu Bakar Bagarib, turut melahirkan rasa gembiranya tentang perkembangan terkini, namun menambah bahawa adalah lebih baik sekiranya berita tersebut boleh diumumkan lebih awal.



"Tidak dapat dinafikan pengumuman tersebut akan mendorong lebih ramai orang datang ke Geylang Serai, namun jika berita ini diumumkan lebih awal, peniaga akan ada lebih banyak masa untuk bersiap sedia dan rasa lebih yakin untuk membawa masuk lebih banyak barang baru untuk pelanggan," kata beliau.



Sementara itu, peniaga di kawasan Kampong Glam juga menjangkakan lebih ramai orang mengunjungi kawasan itu dengan adanya bazar Walk Thru Souq di Kandahar Street, yang akan diadakan dari 1 April hingga 1 Mei ini.



Pemilik kedai Kebaya By Ratianah di Bussorah Street, Cik Ratianah Tahir, berkata beliau mengalu-alukan kemunculan bazar itu dan juga semangat positif sambutan Hari Raya akan datang.



"Orang ramai kini lebih yakin untuk berbelanja kerana tahun ini mereka boleh berjalan Raya. Sudah dua tahun mereka terpendam nak beli (barang keperluan Hari Raya), jadi inilah masanya akhirnya untuk kita sambut Hari Raya," kata beliau.



Sementara itu, pemilik dan pengasas bersama The Straits Teppanyaki di Bussorah Street, Encik Muhamad Haikal Khan Hamzah, pula berkata pihaknya bekerjasama dengan perniagaan pakaian Natalie La Bella untuk menganjurkan Bazaru - bazar Ramadan atas bumbung yang pertama di Singapura hingga 1 Mei ini - yang sekali gus merancakkan lagi suasana di Kampong Glam.



"Kita sebenarnya rindu adakan acara seperti bazar. Itu sebabnya kita adakan bazar atas bumbung ini… Kita berharap ini akan menarik lebih ramai lagi orang untuk datang ke Kampong Glam semasa Ramadan ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >