Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengunjung dari Finland, Turkey perlu jalani SHN di kemudahan khusus: MOH

Nov 26, 2020 | 08:46 PM




SEMUA pengunjung ke Singapura yang mempunyai sejarah perjalanan 14 hari ke Finland dan Turkey perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN)  di kemudahan khusus mulai 11.59 malam Sabtu (28 Nov).




Ini sedang bilangan kes Covid-19 yang dilaporkan di kedua-dua negara itu meningkat dalam beberapa hari kebelakangan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Khamis (26 Nov).




Sebelum ini, pengunjung dari kedua-dua negara itu dibenarkan menjalani SHN di tempat tinggal mereka, seperti yang dibenarkan bagi pengunjung dari Fiji, Korea Selatan, Sri Lanka dan Thailand.




MOH turut mengumumkan yang ia akan menawarkan ujian Covid-19 ke atas lebih banyak kumpulan masyarakat seperti pegerai di dan sekeliling Tekka Centre, serta individu yang bekerja di pusat penghantaran dan syarikat penghantaran logistik utama.



Sejauh ini, lebih 5,000 individu telah diuji di Marine Parade, Ang Mo Kio dan Taman Jurong sejak September lalu, dan kesemua mereka yang mengambil bahagian dalam ujian sukarela itu telah disahkan negatif Covid-19.



"Walaupun penyebaran masyarakat adalah rendah, kita tidak boleh leka. Oleh itu, agensi pemerintah akan menjangkau ke kumpulan masyarakat lain yang dikenal pasti untuk menawarkan pengujian Covid-19 sekali," kata MOH dalam kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >