Subuh
5:28
Syuruk
6:51
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:54
Isyak
8:07
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Pengunjung dari HK perlu jalani ujian Covid-19

Nov 21, 2020 | 03:33 PM

BEBERAPA penerbangan antara Singapura dengan Hong Kong yang bermula Ahad (22 Nov) di bawah gelembung perjalanan udara (ATB) akan diteruskan, tetapi mereka yang datang dari Hong Kong akan perlu mengambil ujian Covid-19 setibanya di Singapura.

Langkah ini menyusuli peningkatan dalam kes Covid-19 di Hong Kong baru-baru ini.

Sebelum ini, mereka dari Hong Kong hanya perlu mengambil ujian reaksi rangkaian polimerase (PCR) Covid-19 dan disahkan negatif sebelum berangkat ke Singapura.

Kini, semua yang tiba di Singapura akan perlu mengambil ujian PCR Covid-19 di Lapangan Terbang Changi sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, dedah Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam kenyataannya pada Sabtu.

“Lebih banyak kes dijangka di Hong Kong dalam beberapa hari akan datang disebabkan kemunculan kelompok baru. Penguasa kesihatan Singapura dan Hong Kong sedang berhubung dengan rapat dan memantau keadaan tersebut,” kata CAAS.

Bertemu wartawan setelah kunjungan ke Pusat Latihan Singapore Airlines (SIA) pada Sabtu, Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkata penerbangan Ahad tidak akan terjejas kerana mekanisme yang telah ditetapkan adalah sekiranya berlaku penggantungan, para pengunjung akan diberi notis 48 jam supaya mereka tidak “terkandas”.

Menurutnya lagi, dengan jumlah penduduk Hong Kong yang 7.5 juta, dan kes Covid-19 berlaku dalam puluhan, kadar berlakunya Covid-19 (incidence) tetap dianggap rendah jika dibandingkan dengan tempat lain terutamanya di Amerika Syarikat atau Eropah.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian