Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengunjung dari negara berisiko tinggi wajib jalani ujian PCR Covid-19 sebelum masuk S'pura

Nov 10, 2020 | 07:09 PM



BERMULA 17 November ini, semua pengunjung dari negara berisiko tinggi yang ingin memasuki Singapura diwajibkan mengambil ujian swab reaksi rangkaian polimerase (PCR) Covid-19 sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berangkat ke negara ini.



Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan pada Selasa (10 Nov) bahawa pengunjung sedemikian mesti menjalani perintah jangan keluar rumah (SHN) setibanya mereka di sini dan mesti diuji bagi Covid-19 sekali lagi di hujung tempoh kuarantin mereka.



Langkah ini akan berkuatkuasa bermula 11.59 malam pada 17 November 2020.



Ia tidak akan dikenakan bagi warga Singapura atau penduduk tetap yang pulang dari luar negara, atau pengunjung daripada negara yang berisiko rendah seperti Brunei, New Zealand, Vietnam, Australia dan China.



"Kami akur negara lain berada di tahap berbeza mewujudkan sistem efektif untuk mengawal jangkitan Covid-19," kata MOH dalam kenyataannya.



"Oleh itu, kami telah mengambil pendekatan pengurusan risiko terhadap kawalan sempadan kita berdasarkan risiko pengimportan dan jangkitan seterusnya dalam masyarakat," tambah MOH. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >