Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengunjung dari Sabah perlu jalani SHN 14 hari

Oct 12, 2020 | 08:49 PM



SEMUA pengunjung yang memasuki Singapura mulai 11.59 malam pada 14 Oktober dengan sejarah perjalanan 14 hari ke Sabah akan perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) 14 hari di kemudahan yang ditetapkan.


Ini sedang bilangan kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Isnin (12 Okt), sambil menambah ia sedang memantau keadaan di kawasan seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang turut mencatat bilangan kes yang membimbangkan dalam beberapa hari kebelakangan.


Pengunjung dari bahagian lain di Malaysia akan terus menjalani SHN tujuh hari di kediaman masing-masing.


Sementara itu, mulai 11.59 malam pada 19 Oktober, pengunjung dengan sejarah perjalanan baru-baru ini ke Indonesia atau Filipina, yang bukan warga atau penduduk tetap Singapura, perlu menunjukkan keputusan ujian Covid-19 negatif untuk memasuki atau membuat pertukaran di Singapura.


Memandangkan keadaan di Hong Kong kini semakin baik pula, MOH berkata ia akan mengurangkan tempoh SHN 14 hari di kemudahan yang dikhaskan ke tujuh hari di kediaman masing-masing bagi pengunjung dari bandar itu mulai 11.59 malam pada 14 Oktober.


MOH juga berkata Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan menyambung pengeluaran visa baru mulai 11.59 malam pada 18 Oktober setelah menggantungnya bagi membendung penularan Covid-19.


Kementerian itu bagaimanapun berkata memiliki visa sahaja tidak menjamin kemasukan ke Singapura dan pengunjung perlu mendapatkan pengesahan daripada skim perjalanan Covid-19 yang sesuai sebelum dapat memasuki Singapura, katanya.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >